Laman Utama

"Saya Anggap Wahab Seperti Anak Sendiri" - Agus

gempak
Awani
18/11/2023
09:30 MYT
Sponsor Banner
"Saya Anggap Wahab Seperti Anak Sendiri" - Agus
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusof menyifatkan panggilan video bersama penolong pegawainya, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, itu sebagai perbualan santai umpama ayah bercakap dengan anaknya.
Mohammad Agus berkata, beliau menganggap Abdul Wahab seperti anaknya sendiri dan mengakui sudah beberapa kali membuat panggilan video bersamanya termasuk bagi membincangkan urusan pekerjaan dan berbual santai.
“Video itu sudah disunting oleh pihak yang ingin jatuhkan saya, mana mungkin saya buat perkara seperti itu. Saya anggap Wahab ini seperti anak saya sendiri malah, anak sulung saya lebih berusia daripadanya.
“Itu perbualan santai. Seorang bapa boleh bercakap pelbagai (topik) dengan anaknya seperti ‘apa khabar kamu? bagaimana dengan keluarga?” katanya dalam sidang media pada Jumaat.
Mohammad Agus dan Abdul Wahab mengadakan sidang media pada Jumaat bagi menjelaskan isu rakaman panggilan video berunsur lucah didakwa mengaitkan mereka berdua yang tular di media sosial sejak Khamis.
Ujar Mohammad Agus, rakaman tersebut didakwa telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan merupakan komplot didalangi oleh individu berpengaruh dikenali sebagai Mr H.
“Wahab sudah menceritakan perkara sebenar, saya kenal Mr H dan beberapa individu disenaraikan tapi tidak akan mendedahkannya. Saya serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan," ujarnya.
Mohammad Agus pada Khamis mengesahkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana menerima tawaran kerja baharu dan bukannya disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak supaya melepaskan jawatan tersebut.
Mohammad Agus dilantik ke jawatan berkenaan pada Februari lalu, namun beliau serta jabatan terbabit banyak menerima kritikan berikutan disifatkan kurang berkesan dalam memainkan peranannya menguar-uarkan maklumat berkaitan pelbagai manfaat dan insentif disediakan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat.
Sinar Harian melalui Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live