Laman Utama
"Saya Baru Masuk Shift Pagi", Jelmaan Jururawat Di Hospital, Dengan Siapa Saya Berbual?
Lebih kurang 14 tahun lalu, tunang saya dimasukkan ke hospital luar ibu kota kerana kemalangan.
Jadi selain keluarga, saya datang bergilir menjaganya yang harus bermalam di hospital selepas mengalami kecederaan yang agak serius pada bahagian muka termasuk patah rahang.
Beberapa hari menghabiskan masa di hospital, saya sudah boleh kenal jururawat yang datang mengambil suhu, darah dan memberi ubat kepada tunang saya. Mereka akan datang memeriksa mengikut shift.
Advertisement
Satu hari, selepas arwah ibunya pulang ke hotel untuk berehat, saya menggantikan tempat beliau untuk menjaga tunang. Malam itu tak ada apa yang pelik. Semuanya berjalan seperti biasa.
Sehingga sekitar selepas tengah malam, seorang jururawat yang selalu memberikan ubat datang menjalankan tanggungjawab seperti biasa.
Tanpa berfikir panjang, saya pun berbasa basi. Saya pun mula berbual dengannya (sebab sudah kenal). Saya masih ingat saya bertanya kepadanya: "Shift malam ke hari ini"?
Jururawat itu hanya menganggukkan kepala tanpa menjawab pertanyaan saya.
Kemudian, saya keluar dari bilik yang dikongsi empat pesakit itu untuk memberi ruang kepada jururawat menjalankan tugasnya. Dan selepas melihat dia keluar meninggalkan bilik, saya masuk semula ke dalam.
Sekitar pukul 6 pagi, datang lagi jururawat yang sama. Sekali lagi saya menegurnya.
"Masih belum balik? Shift tak habis lagi ke?" tanya saya.
Dengan wajah terkejut, dia menjawab: "Saya baru masuk shift puan. Baru mula."
Tapi saya jelaskan malam tadi dia telah datang memberi ubat, namun jururawat tersebut tetap mengatakan dirinya baru memulakan kerja pada hari itu.
Saya seram. Tapi saya cuba istiqamah dan tak fikir bukan bukan. Saya cakap pada diri sendiri, mungkin tengah malam itu saya mamai dan tak cukup tidur.
Jadi bila jururawat datang untuk buat rutin biasa mereka, saya nampak semua wajah sama saja. Atau, sebenarnya saya bermimpi jumpa jururawat dan berbual.
Sebab kalau bukan saya yang bermimpi atau mamai sampai melihat semua wajah jururawat sama, siapa pula yang menjelma di malam itu. Misteri sungguh, sebab separuh hati saya yakin pertemuan itu bukan mimpi.
Kredit Foto: Real Screen
Must-Watch Video