Aktres jelita Nora Danish berhasrat untuk melakonkan watak berbeza berbanding lakonannya sebelum ini.

Menerusi laporan HLive, Nora mengatakan dia mahu mencuba watak antagonis meskipun ramai yang beranggapan ia bertentangan dengan raut wajah dan personalitinya.

"Saya mahu lakonkan watak yang lebih agresif dan berbeza dengan lakonan saya sebelum ini.

"Saya selalu ditawarkan watak wanita baik dan sedih sahaja, meskipun ramai yang kata wajah dan personaliti saya kurang sesuai untuk melakonkan watak jahat, tetapi pada hakikatnya, ramai wanita jahat yang berwajah baik," selorohnya.

Dalam pada itu, Nora turut berharap agar pengarah dan penerbit di Malaysia memberi peluang untuk dia mencuba kelainan.

"Untuk pengarah dan penerbit di luar sana, saya berharap agar diberi peluang untuk melakonkan watak berbeza dan mencabar berbanding watak-watak yang pernah saya lakonkan sebelum ini," tambahnya.



Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).