Laman Utama

"Saya Masih Abah Kepada Anak-Anak Saya" - Hafidz Roshdi

gempak
Amri Hassan
11/03/2023
06:47 MYT
Sponsor Banner
"Saya Masih Abah Kepada Anak-Anak Saya" - Hafidz Roshdi
Pelakon Hafidz Roshdi menegaskan dirinya masih mengutamakan kesejahteraan serta tanggungjawab terhadap kedua-dua anaknya, Humairah dan Umar.
Kata Hafidz, dia mahu terus meneruskan kehidupan dengan mencari nafkah yang halal dan masa sama terus mencurahkan kasih sayang buat permata hatinya.
"Saya masih lagi abah kepada anak-anak saya. Kesejahteraan dan keselamatan mereka adalah objektif utama hidup saya.
"Saya juga ingin terus mencari nafkah yang halal untuk tidak mengabaikan tanggungjawab saya terhadap mereka," tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Tambah Hafidz lagi, justeru dia memohon orang ramai agar menghormati urusan dan keputusannya demi keselamatan semua pihak.
"Saya memohon jasa baik bagi mana-mana pihak untuk menghormati urusan dan keputusan saya demi kesejahteraan dan keselamatan keluarga masing-masing," pesannya.
Dalam hantaran sama menerusi surat terbuka kepada Shuhada, Hafidz percaya masih ada ruang perdamaian antara kedua-dua belah pihak.
"Kepada Abah, Mak, kedua-dua Mertua dan seluruh keluarga saya, Hafidz memohon jutaan kemaafan kerana secara langsung atau tidak sengaja atau tidak, telah melibatkan semua di dalam urusan dan is rumahtangga Hafidz.
"Apapun saya percaya ruang perdamaian masih terbuka. Semoga kesejahteraan dan keselamatan kita semua di bawah lindungan Allah SWT," tulisnya.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada telah bercerai talak satu pada 23 Februari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live