gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kerap Terima Soalan Sama, Mia Sara Nasuha Mula ‘Rimas’ - “Boleh Tak Berhenti Tanya Kenapa Tak Berlakon Dah?”
HIBURAN
Tak Perasan Ibu Mentua Kongsi Ucapan ‘Birthday’, Bella Astillah Jawab Dakwaan Tidak Izin Keluarga Aliff Aziz Jumpa Anak
HIBURAN
Imbau Kenangan Waktu Kecil, Noor Kumalasari Kongsi Kehidupan Terkini Anita Sarawak - “Dia Sudah Tidak Mahu…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

"Saya Mohon Keampunan Atas Segala Kekhilafan..." - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Awani
Awani
16/08/2021
08:32 MYT
Sponsor Banner
"Saya Mohon Keampunan Atas Segala Kekhilafan..." - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas segala kekhilafan sepanjang mentadbir negara selepas mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri sebentar tadi.
Muhyiddin kemudiannya dilantik selaku Perdana Menteri Caretaker oleh Yang di-Pertuan Agong.
Seperti diketahui ramai, beliau dan barisan menteri Kabinetnya telah melakukan yang terbaik dalam usaha menyelamat dan membantu rakyat sepanjang pandemik COVID-19 berlaku.
"Saya ingin ambil kesempatan ingin memohon keampunan daripada saudara saudari segala kekhilafan dan kelemahan saya sepanjang jadi Perdana Menteri.
"Saya dan rakan-rakan jemaah menteri telah cuba melakukan terbaik untuk mneyelamatkan nyawa dan melindungi saudara saudari sekelian dalam tempoh krisis masih kita hadapi pada masa ini.
"Namun, sebagai manusia seperti biasa pastinya ada salah silap di sana sini, jadi saya mohon ribuan ampun dan maaf," kata beliau ketika Perutusan Khas menerusi semua stesen televisyen hari ini.
Muhyiddin juga berharap agar kerajaan baru dapat dibentukkan segera agar pentadbiran negara tidak terganggu serta dapat dijalankan seperti biasa.
Tambah beliau, Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak boleh terganggu agar sektor ekonomi dapat dibuka semula sekaligus memulihkan ekonomi negara.
Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Isnin.
Tindakan itu menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan apabila tidak lagi memiliki majoriti di Parlimen selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan.
Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 29 Februari 2020.
Kredit Foto: BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Letak Jawatan
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement