,
Hiburan

“Saya Pernah Terfikir Untuk Berhenti” - Shahir

Ainun
14/10/2024
20:55 MYT
Penyanyi, Shahir mendedahkan bahawa dia pernah berfikir untuk berhenti dari bidang nyanyian.
Jelas Shahir, ia bertitik tolak daripada insiden Instagramnya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Sebenarnya, saya pernah melalui fasa di mana saya terfikir untuk berhenti daripada kerjaya seni nyanyian saya kerana ketika itu saya kehilangan akaun Instagram saya yang telah digodam.

"Jadi, apabila World Peace Entertainment menawarkan saya peluang ini, saya tertanya-tanya sama ada mereka benar-benar yakin untuk mengambil saya bekerja di bawah mereka.

"Namun, mereka menyatakan bahawa mereka tetap yakin dengan keputusan yang dibuat,” katanya kepada Gempak.
Shahir berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbarunya Aksara yang diadakan di Ace Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selepas dua tahun menyepi dari media sosial dan karier seninya, penyanyi itu sempat meluahkan ketakutannya untuk kembali ke bidang nyanyian.
“Pada awalnya, ketika saya nak memulakan semula media sosial saya, saya sempat meluahkan perasaan gementar saya kerana saya perlu bermula dari bawah.

“Namun, alhamdulillah, saya menerima maklum balas positif daripada peminat yang memberikan kata-kata semangat untuk saya kembali ke bidang seni.

“Walaupun tidak seramai seperti dahulu, sokongan ikhlas daripada orang sekeliling memberi dorongan kepada saya untuk berkarya semula. Kerana merekalah saya bersemangat untuk kembali dengan lagu terbaru saya,” ulasnya.
Sebelum ini, Shahir pernah mendedahkan bahawa individu yang menggodam akaun Instagram miliknya telah meminta wang sebanyak RM2,000 sebagai syarat untuk memulangkan semula akaun tersebut.

BERITA TRENDING: Lemah Lagu Pertama Dayang Nurfaizah Dari Album Janji - "Lagu Ini Banyak Makna Bagi Saya"

BERITA TRENDING: Nenek Buta Sebelah Mata Hebat Menembak, Rupanya Bekas Askar

BERITA TRENDING: Anak Bocor Rahsia, Kim Kardashian Kali Terakhir Memasak Tahun 2022

BERITA TRENDING: Lubang Benam: Hasil Penuh Siasatan Dalam Peringkat Akhir Penelitian

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mierul Aiman Setuju Pelakon Perlu Belajar Seni Mempertahankan Diri - "Selalunya Saya Menggabungkan Teori & Praktikal ..."

gempak
14/10/2024
05:55 MYT
Pelakon Mierul Aiman, mengakui tidak bersetuju jika seorang pelakon tidak mempelajari seni mempertahankan diri sebelum memasuki set penggambaran yang melibatkan lagak aksi yang mencabar.
Hiburan

“Nenek Saya Langsung Tak Ada Instagram, Tapi Alhamdulillah Tetap Bahagia” - Shahir

gempak
13/10/2024
07:15 MYT
Penyanyi, Shahir akui dirinya sangat susah untuk berkongsi kehidupan peribadinya di media sosial.
Hiburan

Pernah Rasa Mahu Sucikan Hati, Shahir Rancang Menetap Di Tanah Suci - “Kadang-Kadang Sebagai Manusia…”

gempak
10/10/2024
18:50 MYT
Penyanyi, Shahir berkongsi bahawa dia dan isteri pernah berhijrah ke Arab Saudi untuk merasai pengalaman hidup di sana.
Hiburan

“Sama Emoji, Sama Lagu..” - Netizen Dakwa Alif Aziz & Ruhainies Saling Berbalas Hantaran Di IG Story?

gempak
10/10/2024
03:25 MYT
Selebriti sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainis kembali menyorot perhatian netizen apabila didakwa saling berbalas hantaran di Instastory.
Hiburan

Noraniza Idris Kecewa Dituduh Miming Sepanjang Konsert Qalam - “Buat Apa Saya Pergi Latihan Nyanyian..”

gempak
05/10/2024
01:55 MYT
Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris akui rasa terkilan selepas ada segelintir netizen yang mendakwa dirinya menyanyi secara ‘miming’ sepanjang Konsert Qalam Noraniza Idris di Panggung Bangsawan baru-baru ini
BorakSeeni