Pelakon Hafidz Roshdi menjelaskantiada keperluan untuknya hadir ke mahkamah biarpun untuk keputusan kes.

BERITA TRENDING: Kerap Tak Hadir Mahkamah, Netizen Geram Perangai Hafidz Roshdi - “Nampak Sangat Tak Bertanggungjawab”

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Hafidz memberitahu pihaknya tidak wajib hadir memandangkan sudah melantik peguam dan ketiadaannya tidak mencacatkan prosiding kes.

"Ya betul, keputusan kes. Tapi ia adalah keputusan orang yang memohon sesuatu, macam contoh sekarang. Anak guam memohon untuk menambah penama dalam hak jagaan, jadi dialah yang kena hadir.

"Point yang penting, saya tak perlu hadir, saya dah lantik peguam, jika peguam hadir pun, anak guam tak hadir pun tak mencacatkan prosiding kes.

"Keputusan tetap boleh dibacakan sebab peguam yang dilantik hadir," tulisnya.

Memperbetulkan kesilapan faktanya yang pada mula menyebut dirinya tidak perlu hadir untuk sebutan kes, Hafidz menegaskan dia juga mahu menyelesaikan segala kes di mahkamah dengan segera.

Tulisnya pada entri pertama; "Sebutan kes tak perlu hadir ya, harap maklum! Selamat berpuasa semua,"

Namun, entri terbabit diperbetulkan dengan mengakui dirinya tersilap menyebut fakta.

"Saya tak wajib hadir dan saya sendiri nak settlekan kes ini cepat-cepat," tambahnya.



Terdahulu, ketiadaan Hafidz untuk beberapa kali sebutan kes di mahkamah menjadi perhatian ramai.

BERITA TRENDING: “Saya Yang Jauh Boleh Datang, Tak Akan Dia Dekat Pun Tak Boleh” - Tak Hadir Mahkamah Lagi, Shuhada Terkilan Dengan Hafidz Roshdi

Rata-rata netizen menyifatkan Hafidz sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab kerana tidak mematuhi jadual ditetapkan.

Selain itu, netizen juga mendakwa Hafidz seolah-olah sengaja melengah-lengahkan kes dan tidak menghormati perintah mahkamah.

Terdahulu, bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, meluahkan rasa kecewa apabila pelakon itu sekali lagi tidak hadir ke mahkamah.

BERITA TRENDING: Kes Tumbuk Pipi: "Saya Harap Diadili Sebaiknya Oleh Mahkamah" - Shuhada

Shuhada berkata Hafidz sepatutnya mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan urusan perbicaraan di mahkamah dengan memberi kerjasama dan komitmen dengan baik bukannya bersikap acuh tidak acuh.

Untuk info, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada 30 April 2016. Mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah.

Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4.