VIRAL
“Saya Taknak Tengok Adik Masuk Penjara” - Abang Syed Saddiq Sebak Dengar Luahan Adiknya
Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, meluahkan rasa sedih apabila adiknya menyatakan dia sudah bersedia untuk menghadapi hukuman penjara.
Menerusi video pendek dalam podcast Parti MUDA, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Space Dollah mengakui kecewa dan tidak sanggup melihat adiknya dipenjarakan.
Katanya, dia yakin bahawa adiknya itu tidak bersalah dalam kes tersebut.
“Dia cakap dia sudah bersedia kalau kena masuk penjara walaupun saya dengan dia banyak perbezaan. Saya taknak tengok adik saya masuk penjara.
“Lainlah kalau dia bersalah, saya dah kenal Saddiq untuk jangka masa yang sangat lama dan bila saya tengok orang yang jujur jadi macam ni saya sedih,” katanya.
Dalam podcast tersebut, pencipta kandungan itu turut menegaskan pendapatnya dimana ramai pihak masih memberikan sokongan kepada Saddiq.
Malah, dia turut yakin rakyat yang berada di Muar, Johor mampu menilai sendiri situasi yang telah berlaku itu.
“Kamu kena ingat, semua orang sentiasa ada beri sokongan kepada awak. Dan saya pasti rakan di Muar juga dapat nilai sendiri. Mereka di Muar sendiri menjadi bukti adakah dia seorang yang bertugas kepada rakyat atau tidak,” jelasnya.
Bagaimanapun, Syed Abdullah tetap berbangga dengan apa yang dilakukan oleh adiknya kerana dia yakin Saddiq memiliki kelebihan untuk membawa perubahan yang lebih baik.
“Saddiq, saya sayang kamu sebab kamu telah berikan perubahan pada dunia dan kamu sahaja ada kebolehan yang mampu untuk mengubahnya,” kongsinya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak dengan luahan Syed Abdullah dan mendoakan yang terbaik buat Syed Saddiq.
BERITA BERKAITAN: Syed Saddiq Hantar Bella Astillah Di Lapangan Terbang Untuk Tunai Umrah Pada 10 Malam Terakhir Ramadan
BERITA BERKAITAN: Didi Astillah Beri ‘Hint’ Hubungan Bella Astillah - Syed Saddiq - “Takkan Lah Friend Zone Kalau…”
BERITA BERKAITAN: Prosiding Kes Syed Saddiq Ditangguhkan Selepas Hari Raya Aidilfitri
BERITA BERKAITAN: "Saya Hadir Sebagai Seorang Sahabat" - Bella Astillah
Must-Watch Video