Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta agar pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan melibatkan pegawai polis pengiring yang dipercayai melakukan kekasaran terhadap seorang di individu baru-baru ini.

Tidak benarkan ugutan

Menerusi satu kenyataan di platform media sosial, Tunku Ismail menegaskan bahawa Baginda tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang.

“Merujuk kepada kejadian yang berlaku di St Regis Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2024, saya telah dimaklumkan pada hari berikutnya dan dengan segera saya menggesa pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan.


“Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang. Saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring yang didakwa melakukan perbuatan berbahaya. Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi keadilan sebaiknya kepada mangsa.

“Justeru, saya menggesa semua pihak membenarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan. Saya juga sedar ada gerakan mengheret institusi diraja dengan menggunakan insiden ini, tetapi mengaitkan tindakan anggota keselamatan luar dengan diri saya dan seluruh institusi diraja adalah tidak wajar,” titahnya.

Sumber: Platform X

ARTIKEL BERKAITAN: TMJ Kongsi Detik Cemas, Bersyukur Terselamat Insiden Tembakan Di Bangkok! - "Kami Berlari Ke Ruang Bawah Tanah..."

ARTIKEL BERKAITAN: Buaya Berenang Di Tempat Yang Sama TMJ & Keluarga Bermandi Manda, Perhilitan Bakal Siasat

ARTIKEL BERKAITAN: Jemput Jason Derulo, Tiket Sambutan Kejuaraan JDT Sold Out! - “Mesti Grand Ni, TMJ Jarang Tak Padu..”

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.