Laman Utama

“Saya Wakil Rakyat, Saya Tak Dapat Buat Sebanyak Yang Dia Buat” - Annuar Musa Malu dengan Ebit Liew

gempak
Azwa Rahman
06/02/2021
01:50 MYT
Sponsor Banner
“Saya Wakil Rakyat, Saya Tak Dapat Buat Sebanyak Yang Dia Buat” - Annuar Musa Malu dengan Ebit Liew
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa meluahkan rasa malunya apabila melihat pendakwah bebas Ebit Lew pantas dalam melakukan kerja amal dan memberikan sumbangan.
Memetik laporan BERNAMA, Annuar ingin bertemu dengan pendakwah itu bagi berkongsi perkara berkaitan kebajikan dan sumbangan kepada rakyat yang mungkin boleh dipelajari daripadanya.
“Saya rasa malu sebab saya wakil rakyat, dan saya tidak dapat buat sebanyak yang dia buat.
“Mungkin saya berbeza pandangan sedikit, peranan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) lain dan peranan kerajaan lain, tetapi dalam masa yang sama kita (pemimpin) harus ada perasaan malu, bukan malu dalam bentuk yang negatif, malu positif.
“Ini kerana orang yang tiada kuasa macam beliau sanggup berbuat lebih, bagaimana kita orang yang ada kuasa, kita tidak berbuat cukup,” katanya.
Bagaimanapun, menteri itu berkata tanggungjawab kerajaan tidaklah serupa dengan tanggungjawab NGO kerana kerajaan juga perlu menumpukan untuk merangka dasar yang baik.
Selain itu beliau berkata kerajaan juga perlu mengadakan agenda dan program yang mungkin tidak dilihat oleh rakyat sekarang tetapi hasilnya akan dapat dilihat dalam tempoh jangka masa lebih panjang.
Kalau ada sesuatu masalah kita turun dan selesaikan, itu pun penting tapi sebagai kerajaan terutamanya kita harus memikir jauh daripada itu.
“Jadi kalau tidak nampak turun (padang) bukan bermakna kerajaan tidak berfungsi, tetapi adalah lebih baik kalau kita menguruskan kerajaan dari segi pelaksanaan dasar yang baik sementara kita juga terus menjadi sebuah kerajaan yang prihatin dan cakna kepada permasalahan rakyat,” jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live