Bekas anggota kumpulan VE, Damien Mikhail dikritik selepas membuat ‘kesimpulan’ melulu terhadap sekeping gambar pasangan pengantin yang bernikah di masjid yang turut menjadi lokasi bagi solat jenazah.

BERITA TRENDING: Lelaki Selamatkan Perniagaan Nasi Lemak, Sanggup Bayar Sewa Kedai Setahun Tertunggak

Menerusi hantaran yang telah dipadamkan itu, Damien berkata, pasangan pengantin itu perlulah menghormati jenazah yang sedang disolatkan, sungguhpun allahyarham bukanlah individu yang mempunyai ikatan persahabatn dengan mereka.



“Hormatilah jenazah walau bukan orang kita kenal. Walaupun tak sabar nak bersetubuh. Come on, solat jenazah bukan lama macam solat fardhu,” tulisnya.

BERITA TRENDING: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bayar Zakat Pernigaan Lebih RM1 Juta - "Ini Kewajipan Perlu Dilaksanakan"

Namun, kenyataan Damien menimbulkan amarah dalam kalangan pengguna platform X. Menerusi hantaran yang dibuat oleh sahabat pengantin, difahamkan solat jenazah bermula hanya selepas majlis akad nikah selesai.



Dalam masa sama, wanita itu turut menzahirkan rasa kecewa kerana rakannya difitnah gara-gara gambar tersebut viral di X dan juga TikTok.

BERITA TRENDING: "Jauh Dari Masyarakat, Dekat Dengan Alam" - Athira Yuhada Healing, Tunggang Kuda Tepi Pantai​