HIBURAN
Selain Rokok, Mahalini Pesan Sule Kurangkan Makan Petai & Jering
Penyanyi Mahalini menjadi salah seorang saudara baharu yang menyambut Aidilfitri sebagai Muslim pada tahun ini.
BERITA TRENDING: Netizen Persoal Mahalini Melahirkan Anak Lebih Awal, Sule: “ I Don’t Care…”
Isteri penyanyi Rizky Febian itu juga dilihat ikut serta dalam tradisi yang dilakukan kebanyakan keluarga iaitu bermaafan sempena hari raya.BERITA TRENDING: Rizky Febian & Mahalini Selamat Timang Bayi Pertama, Beri Nama Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian - “Telah Lahir Buah Hati Kami”
Selain bermaafan, Mahalini sempat menyampaikan pesanan kepada bapa mentuanya, pelawak Sule.Mahalini antaranya meminta agar Sule mengurangkan tabiat merokok demi kesihatan semua anggota keluarga terutama cucu sulung pelawak itu, Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian.
“Kurangkan merokok ya sebab apabila ayah merokok, nanti semua orang pun ikut,” luah Mahalini seperti dilaporkan Viva.co.id.
Tidak hanya meninggalkan pesanan agar Sule kurang merokok, Mahalini turut menyampaikan hasrat mengenai tabiat pemakanan lelaki tersebut demi kesihatan.
“Kurangkan makan petai dan jering juga ya,” katanya lagi.
BERITA TRENDING: Elak Tekanan Media Sosial, Mahalini Akan Sorok Wajah Anak
Meski sudah merayakan beberapa kali hari raya bersama keluarga tersebut, Lebaran 2025 merupakan tahun pertama Mahalini merayakannya sebagai menantu dan Muslim selepas memeluk Islam sebelum berkahwin dengan Rizky.Must-Watch Video