Pelakon jelita Rozita Che Wan mengakui dirinya lebih selesa untuk meletakkan sempadan dengan pelakon lelaki yang sudah bergelar suami orang ketika di set penggambaran.

Hal itu, kata Che Ta demi mengelakkan salah faham dalam kalangan orang sekeliling sekali gus menjerat diri sendiri.

"Waktu saya masuk industri lakonan, saya berstatus janda. Jika berlakon dengan suami orang, saya tidak akan berbual sangat di set penggambaran,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: "Wanita Tak Boleh Hidup Terlalu Bergantung Dengan Lelaki" - Che Ta

Mengulas tentang kisah kecurangan dan penyondol, jelas Che Ta lazimnya individu paling rapat akan cenderung untuk menjadi pihak ketiga dalam sesebuah rumah tangga.

"Selalunya, wanita yang akan menyakiti hati wanita lain. Kebanyakan orang yang rapat dengan kita akan rampas hak kita kerana mereka tahu kehidupan, kebaikan dan harta suami kita.

"Pesan saya, hati-hatilah. Sebab itu saya tiada kawan perempuan.

"Dalam hal ini (curang), lelaki dan perempuan, kedua-duanya salah. Saya setuju kalau warganet nak boikot penyondol," tambahnya ketika ditemui pada majlis Grand Iftar GNI Pharma Sdn. Bhd. di Hotel Grand Hyatt pada Isnin.

BERITA TRENDING: "Dia Okey Saya Berkedut" - Zain Larang Che Ta Suntik Muka, Buat Rawatan Kosmetik!

BERITA TRENDING: "Perempuan Jangan Jadi Bodoh!" - Che Ta

Acara yang turut dihadiri suami Che Ta, Zain Saidin, dan beberapa selebriti lain antaranya Ayu Raudhah, Achey dan Mubarak Majid itu meraikan 400 tetamu terdiri daripada golongan asnaf di sekitar Lembah klang.



Kata Executive Chairman GNI Pharma Sdn Bhd, Tuan Hj Rahmat Hassan, tujuan program dibuat adalah untuk meraikan golongan asnaf, anak yatim dan pelajar tahfiz.

“Kami nak mereka rasa pengalaman berbuka puasa di Hotel 5 bintang bersama selebriti. Kami nak mereka rasa momen tersebut.

"Mereka mungkin tak dapat peluang macam kita untuk berbuka puasa di hotel dan jarang dapat bersua muka bersama selebriti. Tapi hari ini hari mereka untuk kami raikan.

"Supaya mereka tidak merasa asing, dapat merasa perasaan bergelar VIP dan menikmati hidangan yang tak pernah mereka nikmati sebelum ini. Pendek kata, supaya mereka tahu ada yang peduli," katanya.