Pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim berkongsi sekeping foto dirinya yang digabungkan bersama foto penyanyi dan bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Sham Visa.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan wargamaya.

Menurut Rizalman, terdapat segelintir netizen yang menyamakannya dengan penyanyi berimej macho tersebut.

"Dah depa samakan aku dengan Sham Visa pulak dah...Pihak Astro siap bagi tiket pergi tengok minggu ni #gegarvaganza2019," tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen berjenaka dengan mengatakan Rizalman mirip Sham, pada masa yang sama, ada juga yang menafikan perkara itu.

Sebelum ini, Rizalman pernah tampil dengan jenaka yang menggayakan pelbagai watak seperti Cikgu Murni, Hael Husaini dan watak penyanyi klasik di laman IG.

dah depa samakan aku dgn Sham Visa pulak dahhh... pihak Astro siap bagi tiket pi tgk minggu ni... #gegarvaganza2019

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on


GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

Produk yogurt Farm Fresh Malaysia mengandungi probiotik yang dapat menguatkan sistem daya tahan tubuh dan mengurangkan risiko jatuh sakit akibat serangan kuman.