Kisah insiden ‘terkucil’ penyanyi, Nabila Razali ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua di pentas Juara Lagu ke-35 (AJL35) masih belum berakhir.

Sehingga kini isu terbabit masih ‘hangat’ diperkatakan, malah video nyanyiannya itu berada di kedudukan pertama paling trending di YouTube.

Terbaru, komposer lagu Peluang Kedua, MFMF berkongsikan video sesi latihan atau ‘soundcheck’ Nabila menjelang pertandingan tersebut.

Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah kemampuan Nabila menyanyikan lagu berkenaan dengan baik.

Tiada langsung terkucil, malah vokalnya dilihat lebih mantap daripada biasa.

“Kuatnya seorang gadis bernama Nabila Razali, dia dah cuba yang terbaik.

“Serius sedap gila rehearsal”

“Nak dengar full version please rehearsal ni, sedap je, vokal pun solid,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat lantunan suara Nabila ketika sesi latihan menerusi posting MFMF yang terdiri daripada tiga orang komposer iaitu Brendan, Justin dan Zen di bawah.
<

A post shared by MFMF. | Pop Music Factory (@wearemfmf)


Dalam pada itu, Nabila sebelum ini menjelaskan apa yang berlaku kepadanya tidak perlu dijadikan sebab untuk bercerita kepada orang.

“Apa yang saya letakkan malam ini adalah persembahkan yang orang nanti-nantikan.

"Alhamdulillah, saya dapat tunaikan permintaan semua orang yang menantikan persembahan Peluang Kedua daripada saya sendiri," katanya.

Untuk rekod, lagu Peluang Kedua pada awalnya dibawa oleh komposer itu sendiri, Hael Husaini ketika pentas separuh akhir Muzik-Muzik 35.

Walaubagaimanapun, Nabila kemudian membuat keputusan untuk menyanyikan sendiri lagu berkenaan di pentas akhir AJL35.

Sekadar info, Nabila sebelum ini pernah memaklumkan penarikan dirinya daripada pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 adalah kerana mengalami masalah peti suara dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.

BACA: “Ya Allah Kesiannya, Boleh Nampak Dia Tertekan” - Malang Buat Nabila Razali, Terkucil Di Pentas Final AJL35