Laman Utama

Sesak! Laluan Bayaran LRT Banyak Tutup, Pengguna Kecewa Dengan Cara Pengurusan Penumpang Oleh RapidKL

gempak
Gempak
25/12/2023
01:55 MYT
Sponsor Banner
Sesak! Laluan Bayaran LRT Banyak Tutup, Pengguna Kecewa Dengan Cara Pengurusan Penumpang Oleh RapidKL
Pengguna menzahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati terhadap cara RapidKL dalam mengendalikan penumpang yang ramai.

BERITA TRENDING: Dikritik Menunjuk Bayar Zakat? Netizen Pertahankan Sharifah Shahira - “Memang Dalam Islam Digalakkan…”

Hal ini dibuktikan menerusi satu rakaman video yang memperlihatkan hanya dua sahaja laluan dibuka bagi penumpang di Stesen KLCC ketika waktu puncak semalam.
Difahamkan, pengguna pengangkutan awam bertambah susulan penganjuran acara Comic Fiesta 2023 di Pusat Konvensyen KLCC.
Menerusi hantaran yang sama, ramai memberi cadangan supaya RapidKL menambah baik cara pengurusan penumpang, lebih-lebih lagi ketika ada acara besar diadakan di sekitar stesen LRT.
Selain itu, ada juga yang mencadangkan supaya Stesen LRT KLCC dinaik taraf kerana dilihat sudah tidak cekap untuk menampung jumlah pengguna yang ramai dalam satu-satu masa.
Dalam masa sama, ada juga berpendapat laluan 'dikecilkan' bagi mengelakkan keadaan bertambah sesak.
Sumber: Platform X

BERITA TRENDING: Dikecam Sebab Guna Lamborghini Tapi Belajar Di UiTM, Influencer Ini Beri Kenyataan - “Saya Bukan Flexing…”​

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024