Tidak hanya dikenali sebagai seorang pengarah, pelakon dan penerbit, Michael Ang turut popular dengan cameo-cameo lucunya di dalam pelbagai filem dan drama terbitan Astro.

Cameo Dalam Filem & Drama

Berikut merupakan cameo-cameo Michael Ang di dalam filem dan drama:

Setelah Terlafaznya Akad

Berperanan sebagai seorang pengarah, Michael Ang juga membuat penampilan khas pada penghujung episod Setelah Terlafaznya Akad terbitan Astro Ria pada tahun 2019.

BERITA TRENDING: Penggemar Filem, Ini Top 5 Filem Bergenre Rompakan Yang Best, #5 Korang Wajib Tengok!

Gengster Dalam Filem Polis Evo 3

Michael Ang sekali lagi mencuri perhatian penonton apabila karakter Chao, iaitu seorang ketua gengster dengan perwatakan lemah lembut, muncul pada permulaan filem tersebut.

BERITA TRENDING:Ini Lima Kes Penipuan Popular, Yang Last Tu Paling Tak Sangka

One Million Dollar Voice

Melakonkan watak sebagai diri sendiri, Michael Ang muncul sebagai seorang juri di dalam drama yang berkisahkan tentang pembikinan rancangan realiti nyanyian yang diberi judul, One Million Dollar Voice.

BERITA TRENDING: Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!

Mat Bond Malaya

Michael Ang membuat penampilan khas sebagai diri sendiri dalam filem arahan pertama Nabil Ahmad berjudul Mat Bond Malaya. Filem ini turut mempunyai cameo dari selebriti terkenal lain seperti Datuk Yusuf Haslam, Datuk Ramli MS, Ning Baizura, Didie Alias dan Syafiq Kyle.

BERITA TRENDING: Ini Reaksi Mimi Lana, Maya Karin & Datuk Aaron Aziz Bila Baca Komen Warganet Mengenai The Experts!

Watak Chef Dalam Filem The Experts

Walaupun tidak memainkan peranan besar dalam filem heist tergempak tahun 2024, Michael Ang berjaya mencuri perhatian penonton dengan gelagat lucunya sebagai seorang tukang masak menerusi filem The Experts.

Sinopsis The Experts

The Experts ialah sebuah filem jenayah aksi Malaysia 2024 yang diarahkan oleh Andre Chiew dan Nazim Shah dengan cerita oleh Joel Soh yang turut menerbitkan filem itu dan Kyle Goonting, ketua produksi dan pembangunan di Astro Shaw.

Dihasilkan dan diedarkan bersama oleh Astro Shaw dan TGV Pictures, filem ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Mimi Lana dan Ray Dapdap sebagai ahli keluarga.

The Experts mengisahkan tentang lima adik beradik iaitu Farid (Datuk Aaron Aziz), Keyrol (Syafiq Kyle), Emma (Mimi Lana), Amer (Remy Ishak) dan Lan (Ray Dap Dap) yang terpaksa melakukan jenayah untuk mencuri cincin milik keluarga Lima Gading.

Cincin tersebut sepatutnya menjadi milik Bashir (Tony Eusoff), adakah misi rompakan mereka berjaya? Sama-sama saksikan dalam The Experts.

Berjaya atau tidak rompakan itu? Kenalah tonton filem The Experts!

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.