Perbalahan antara pelakon senior Azhar Sulaiman dan aktor Sharnaaz Ahmad di media sosial melibatkan isu Palestin menarik perhatian netizen.

Enggan memanjangkan isu, Sharnaaz mengambil langkah enggan menghiraukan pandangan yang dilontarkan Azhar memandangkan teguran yang diberikan tidak mendapat respons yang baik.

“Orang dah tegur cara habis berlapik, kalau tengok dah macam Usop Wilcha dah punya lembut. Tak! Tetap dia nak post juga, lantak kau la bang.

Berita Trending:
“Berat Lagi Masalah Negara” - Anak Nak Main Boling Dalam Kereta, Aksi Sharnaaz Ahmad Pujuk Jebat Jayden Mencuit Hati

“Pendapat kau kan, kau layanlah apa dalam kepala kau,” kata Sharnaaz menerusi laman Instastory miliknya.

Pada perkongsian yang sama, Sharnaaz turut mengajar semua orang untuk teruskan berkongsi mengenai Palestin dan boikot produk yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Berita Trending:
Muat Naik Lagu Waiting In Vain, Netizen Speku Sharnaaz Ahmad Sedang Bersedih? - “Kuatkan Semangat Demi Jebat” | Gempak

“Apa pun guys, teruskan posting fasal Palestin dan boikot pada produk Yahudi,” ujar Sharnaaz lagi.

Terdahulu, Azhar menerusi Instagram miliknya mempertikaikan strategi digunakan ketua pejuang Hamas di Palestin bagi menentang Israel.

Berita Trending:
Ada Yang Suruh Boikot Francais Minuman, Sharnaaz Ahmad Bersuara – “Jangan Begitu, Kami Takdak Kena Mengena, Kami Cari Rezeki Halal…”

Perkongsian itu bagaimanapun mendapat kecaman dan kritikan teruk bukan sahaja daripada netizen, malah rakan artis antaranya Sharnaaz.

Menurut Sharnaaz, pendapat yang dibuat oleh Azhar itu menunjukkan seolah-olah dirinya tidak cerdik malah turut menyamakannya dengan ‘budak-budak TikTok’ selain mula hilang rasa hormat.

Berita Trending:
"Susah Senang Aku Kumpul Duit Nak Beli Dia, Hari Ini ....." - Sharnaaz Ahmad

Azhar kemudiannya memuat naik video di laman sosial menyatakan sokongan terhadap Palestin bagaimanapun masih mempersoalkan tindakan Hamas yang menyerang Israel.

Berita Trending: Netizen Asyik Doa Noor Nabila Kembali bersama Sharnaaz Ahmad, Ini Respons Tuan Badan