Filem nombor satu tahun 2024, SHERIFF terus mendapat sambutan baik di pawagam meskipun telah memasuki minggu kedua tayangan di pawagam seluruh negara dengan meraih kutipan RM44.5 juta untuk 14 hari tayangan rasmi.

Pengerusi Skop Productions dan Penerbit Eksekutif Bersama Sheriff, Datuk Yusof Haslam melahirkan rasa syukur atas sokongan padu penonton terhadap filem tersebut.

“Alhamdullilah atas sokongan padu ini. Sokongan ini adalah pemangkin buat pengkarya seperti kami untuk terus berusaha menghasilkan filem yang berkualiti.

“Terima kasih kepada semua penonton yang telah menjadi sebahagian kejayaan filem Sheriff ini,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Shafiq Yusof


Penonton beri Shariff 10/10

Dalam pada itu, rata-rata penonton juga memuji garapan luar biasa filem Sheriff dan menganggap watak-watak di dalam filem itu berjaya meninggalkan kesan kepada mereka.


Bagi peminat yang ingin berjumpa dengan barisan pelakon Sheriff, jangan lupa untuk temui mereka di pawagam sekitar Lembah Kelang pada 3 Mei.

BERITA TRENDING: SHERIFF: Raih RM35.3 Juta, Filem Arahan Syafiq Yusof Ini Kini Filem No. 1 Dengan Kutipan Tertinggi Tahun 2024


Sinopsis:

Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.

Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.

Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes 'Meth Killer' dan dia ditugaskan bersama.