Penyanyi dan pelakon Shiha Zikir melahirkan rasa kecewa apabila kedai nasi ayam yang diusahakannya, Shiha Zikir Nasi Ayam dipecah masuk oleh individu yang tidak dikenali baru-baru ini.

Menerusi kemas kini di Instagram, Shiha memuat naik sepotong rakaman CCTV dan juga wajah individu yang disyaki memecah masuk kedai makan miliknya itu.

BACA: "Biarlah Orang Nak Cakap Apa Pun, Asalkan..." - Shiha Zikir

“Ada sesiapa kenal tak orang yang pecah masuk Shiha Zikir Nasi Ayam ni? Kemain eh… meh sini nak suap nasi ayam meh.

“Maaf sangat pada yang nak datang hari ni. Kedai tutup.Insya-Allah esok buka tapi apa-apa pun Shiha akan update ye. Terima kasih yang mendoakan yang baik-baik untuk Shiha dan Shiha Zikir Nasi Ayam,” tulisnya.



Menerusi ruangan komen, ramai yang turut memberikan respons terhadap kes pecah masuk berkenaan, termasuk rakan-rakan artis.

Menerusi laporan Kosmo! Online, Shiha berkata, dia mengalami kerugian sebanyak RM20,000 selepas penjenayah itu melarikan sebuah mesin duit termasuk wang tunai.

BACA: [VIDEO] Shiha Zikir Bagi Anjing Makan, Netizen Pula ‘Kecoh’ Suruh Samak - “Part Last Tu, Punyalah Risau Takut…”

Untuk rekod, Shiha memulakan perniagaan menjual nasi ayam Hainan yang diberi nama Shiha Zikir Nasi Ayam pada pertengahan bulan Mac lalu.

Penyanyi itu yang meminati nasi ayam Hainan membawakan konsep makanan Cina Muslim dalam menu-menu menarik yang ditawarkan kepada pelanggannya.