Penyanyi dan bintang Big Stage musim pertama, Andi Bernadee tampil dengan single terbaru yang berjudul Shimmy.

Shimmy merupakan single kelima Andi selepas popular dengan lagu Satu Peluang dan Donde sebelum ini.

Menerusi Shimmy, Andi sekali lagi bekerjasama dengan rapper dan penerbit tersohor, Alif yang juga bertindak sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman lagu ini.

Shimmy menampilkan unsur muzik Latin dalam susunan muziknya, sesuai dengan judulnya yang membawa maksud goyang.

Shimmy yang sarat dengan rentak dan melodi yang ‘catchy’, dilihat mampu membuat pendengar turut bergoyang. Lagu ini dijangka mencipta fenomenanya tersendiri.

Dengan kemunculan single terbaru ini, Andi berharap agar kedudukannya sebagai penyanyi lelaki yang membawa konsep muzik urban di persada seni Malaysia semakin mengukuh.



Single Shimmy terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 14 Februari 2020.