Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa simpati kepada pasangan yang sudah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata.

Menerusi entri di Instagram (IG), Shakilla menjelaskan dia faham dengan apa yang dirasai oleh pasangan tersebut dan berharap agar mereka tidak berputus asa untuk berusaha.

"Alhamdulillah. Entah kenapa I rasa I mengandung paling lama. Orang lain rasanya baru umum pregnant tiba-tiba dah 5-6 bulan.

"Tapi I rasa simpati jugak pada kawan-kawan yang dah lama kahwin tapi masih tak dikurniakan cahaya mata, bila check hospital suami dan isteri tak ada masalah.

"Hmmm, so we make it simple even kita tak rasa macam mana sedih dan kecewanya pada pasangan yang alami keadaan macam ni.

#?• . Alhamdulillah. Entah kenapa i rasa i mengandung paling lama. Orang lain rasanya baru umum pregnant tiba2 dah 5-6 bulan ? . . Tapi i rasa simpati jugak pada kawan2 yang dah lama kawin tapi masih tak dikurniakan cahaya mata, bila check hospital suami dan isteri takde masalah. . . Hmmm ? . . So we make it simple even kita tak rasa macam mana sedih dan kecewanya pada pasangan yang alami keadaan macam ni. . Jangan sedih, kadang belum rezeki. Percaya lah, kalau kita dan pasangan dah ready mesti akan ada. Selain tu kita kena usaha. . . Apa kata you try product best ni dari @rahsia_cepat_hamil ni sebab ada dengar jugak feedback yang bertahun2 kawin dan alhamdulillah katanya dah ada baby and ada yang tengah pregnant. Eeeee ...bestnyaaaaaaa.....? . . Kita usaha Allah tentukan, tapi usaha tak salah kan wak ? ? . . Nak tau more details you pi tengok kat IG @rahsia_cepat_hamil okay ?

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on


"Jangan sedih, kadang belum rezeki.Percayalah, kalau kita dan pasangan dah ready mesti akan ada. Selain tu kita kena usaha," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan proses Shakilla dipermudahkan dan dia serta anak sentiasa sihat.