,
Gaya Hidup

Simpati Lihat Jururawat Buat Jubah Sendiri, Radzuan Radziwill Tampil Jahit Pakaian Perlindungan Diri Untuk Frontliners

Azwa Rahman
30/03/2020
10:29 MYT
Pereka fesyen tersohor Datuk Radzuan Radziwill tampil dengan projek amal menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan jururawat serta petugas barisan hadapan di hospital.
Memetik laporan Berita Harian, usaha itu dilakukan selepas timbul rasa simpati melihat petugas hospital yang terpaksa menjahit PPE mereka sendiri berikutan keperluan sedia ada tidak mencukupi.
Menurut Radzuan, dia sudah membelikan tiga gulung kain yang mempunyai kira-kira 3,000 meter material non-woven untuk dijahit menjadi PPE.
"Sehingga kini, lebih 200 pasang sudah disiapkan dan saya mahu menghasilkan 1,000 atau 2,000 pasang jubah luar, topi dan tudung untuk diberikan kepada petugas yang memerlukan.
"Material ini sama jenis yang digunakan petugas hospital iaitu bahan kalis air, seperti kertas dan plastik. Jadi setiap hari saya berhasil menyiapkan 50 pasang dengan jubah dibuat dalam pelbagai saiz dari S hingga XL.
"Sayu melihat jururawat yang terpaksa menjahit sendiri sedangkan mereka tidak cukup rehat, kepenatan dan tugas itu bukan sepatutnya mereka lakukan. Jadi apa salahnya, saya guna kemahiran dan kepakaran membantu mereka,” katanya kepada Berita Harian.
Radzuan yang sinonim dengan rekaan untuk kenamaan dan kerabat berkata dia memulakan projek itu sejurus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dengan bantuan rakan seorang doktor yang bertugas di Hospital Serdang.
“Rakan saya memberi maklumat mengenai ukuran, material dan maklumat pembekal.
"Saya juga berharap rakan pereka lain atau sesiapa saja dapat membantu menjahit PPE ini kerana saya difahamkan setiap hari di Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh memerlukan 400 helai berikutan ia adalah pakai buang,” ujarnya.
Tambahnya lagi, ketika ini tiada masalah membeli material berkaitan tetapi agak sukar mendapatkan getah berikutan banyak kedai barangan jahit tutup selain keterbatasan bergerak.
"Lagipun rekaannya ringkas dan tidak rumit hanya perlu pastikan material tidak terkoyak, jadi jika lebih ramai orang dapat menyumbangkan kemahiran dan kepakaran, lebih banyak hospital dapat kita bantu, apatah lagi tempoh PKP ini masih berbaki dua minggu," katanya lagi.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.