Pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad berkongsi keadaan cucunya, Muhammad Ahmad Aiman yang telah dimasukkan ke hospital.

Menurut Prof Muhaya, sistem sokongan hayat yang dipasang terhadap cucunya telah diberhentikan awal pagi tadi.

"Assalamualaikum wbt semua sahabat yang dikasihi kerana Allah. InsyaAllah pagi ini jam 9 akan di offkan ventilator atau life support system kerana dijangkakan telah habis usaha kita sebagai makhluk.

"Semoga semua mendoakan ketabahan Atiyah, Aiman dan anak anak serta keluarga kami dan semakin dikuatkan keimanan ketakwaan dan akhlak dalam menghadapi hadiah dari Allah yang Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Mengetahui.

"Terima kasih banyak atas segala doa yang ikhlas dan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke syurga," tulisnya.

Berita duka tersebut dikongsikan di akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.

Prof Mahaya bagaimanapun tidak mendedahkan penyakit yang dihadapi cucunya itu.

Entri tersebut mendapat perhatian rakan artis dan pengikut yang mendoakan semoga Prof Mahaya dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Assalamualaikum wbt semua sahabat yang dikasihi kerana Allah. InsyaAllah Pagi ini jam 9 akan di offkan ventilator atau life support system kerana dijangkakan telah habis usaha kita sebagai makhluk. Semoga semua mendoakan ketabahan Atiyah, Aiman dan anak anak serta keluarga kami dan semakin dikuatkan keimanan ketakwaan dan akhlak dalam menghadapi hadiah dari Allah yang Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Mengetahui. Tkasih banyak atas segala doa yang ikhlas dan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke syurga.

A post shared by Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad (@profmuhaya1) on