Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan janji kepada peminatnya dengan mengadakan konsert berskala mega pada Mac tahun depan.

BERITA TRENDING: Masih Jelita Di Umur 40-an, Kecantikan Siti Nurhaliza Pukau Netizen - “Ini Baru Betul Cukup…

Menerusi akaun Instagramnya, Siti Nurhaliza berkongsi maklumat konsert yang diberi nama Saya Siti Nurhaliza Sebuah Epitome yang dijadual berlangsung pada 9 Mac 2024 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.



Pengumuman itu mencetuskan rasa teruja peminat beliau yang sememangnya menanti-nantikan konsert berskala mega selepas kali terakhir mengadakan konsert jelajah Siti Nurhaliza On Tour pada 2019.

Namun, ada yang memohon konsert terbabit diadakan di lokasi yang lebih besar misalnya Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kapasiti lebih luas.

"Come on Siti sepatutnya kat Stadium Negara. Peminat seluruh dunia nak datang!

"Alaa, Stadium Nasional Bukit Jalillah.

"Ok nak lagu raya, tak apalah awal sebulan pun nyanyi lagu raya.

"Jom ramai-ramai support Siti Nurhaliza tapi kenapa tidak Stadium Nasional Bukit Jalil huhu atau buat 2 hari ke kann huhu," demikian tulis beberapa warganet.

BERITA TRENDING: Peminat Tanya Kenapa Marketing Album Baharu Tak Jalan, Ini Jawapan Penuh Hemah Siti…

PILIHAN PEMBACA: Coldplay Rampas ‘Takhta’ Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Tapi Siti Nurhaliza Yang Trending… Ini Sebabnya

BERITA TRENDING: 19 Tahun ‘Duduki Takhta’ Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Siti Nurhaliza Serah Posisi Pada Coldplay