Laman Utama

Skandal Hubungan Sulit, Aman Ra Belum Sedia Beri Komen

gempak
Amri Hassan
09/02/2021
09:25 MYT
Sponsor Banner
Skandal Hubungan Sulit, Aman Ra Belum Sedia Beri Komen
Selepas tular dakwaan yang mengaitkan penyanyi rap terkenal Aman Ra dengan skandal hubungan sulit seperti didedahkan isterinya, tiada sebarang kenyataan rasmi dari empunya diri.
Terus mendiamkan diri biarpun media cuba mendapatkan kenyataan lanjut, Aman Ra yang diwakili pegawai perhubungannya, Joe Saiful, bagaimanapun tampil bersuara.
Kata Joe, penyanyi lagu Bangun itu memohon agar diberikan ruang dan akan berkongsi perkara selanjutkan tidak lama lagi.
"Buat masa ini Aman Ra belum boleh memberikan sebarang komen berhubung isu yang sedang tular. Namun dia akan berkongsi kenyataan rasmi secepat mungkin.
"Dia juga memohon sedikit ruang kerana masalah yang berlaku ini adalah sesuatu yang besar serta membabitkan isu peribadi," katanya.
Seorang wanita dipercayai isteri kepada penyanyi rap itu tampil mendedahkan kisah kecurangan suaminya bersama seorang wanita lain hingga menjejaskan rumah tangga mereka.
Dakwa wanita tersebut, suaminya sudah empat kali melafazkan cerai terhadapnya sebelum ini.
BACA: Wanita Dipercayai Isteri Penyanyi Rap Mengamuk, Tuduh Suami Ada Skandal? - "Kau Dah Lafaz Cerai 4 Kali Sebab Sund*l Kau"
BACA: "Maaf Sebab Saya..." - Netizen Mula Banjiri Ruangan Komen Di Instagram, Isteri Aman Ra Akhirnya Buka Mulut...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live