Pelakon Ruhainies menjelaskan ada sebab dia tidak mendedahkan wajah kekasihnya yang dikenali sebagai Mr. E.

Ruhainies berkata dia tidak mahu pisang berbuah dua kali apabila terlalu terbuka berkongsi mengenai perihal peribadi di laman sosial.

Tambahnya lagi, dia juga mahu mengelakkan fitnah daripada berlaku.

“Saya ada sebab mengapa saya tutup muka dia dengan meletakkan emoji apa semua tu…Salah satunya, kami belum rasmi sebagai suami isteri.

“Saya juga nak jauhkan daripada fitnah. Zaman sekarang ni terlalu banyak fitnah, jadi kita nak elakkan perkara tersebut daripada berlaku,” katanya.

Ditanya adakah dia menetapkan akan mendedahkan wajah kekasihya yang dikenali sebagai Elfi Johan atau Mr.E itu, Ruhainies memberitahu waktu tersebut akan tiba.

“Buat masa sekarang ni kami keluar seperti biasa sahaja, tidaklah saya suruh dia pakai topeng atau apa.

Video by : @cameo.x

A post shared by @ ruhainies7 on

“Cumanya kalau ada orang yang nampak kami bersama tu, nampaklah…Tapi untuk diletakkan di media sosial itu, tidaklah.

“Buat masa ini saya belum bersedia untuk mendedahkan wajah si dia, mungkin masa nak buat pengumuman kahwin nanti kot baru tunjuk,” katanya ketika ditemui HLive!

Sebelum ini Miss K ada berkongsi wajah kekasih Ruhainies selepas dikongsi oleh seorang pengirim emel.

Difahamkan foto kekasih Ruhanies itu dirakam secara ‘curi-curi’ ketika pasangan itu berada di sebuah majlis.

Sebelum ini Ruhainies berkata dia tidak mahu mendedahkan kekasihnya kerana bimbang kehidupannya sebagai seorang selebriti yang sering menjadi perhatian ramai membuatkan kekasihnya itu rasa tidak selesa.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).