Viral

“Speed Dating Budaya Baru Yang Merisaukan!” - Ustazah Asma’ Harun

gempak
Mya Amri
25/05/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
“Speed Dating Budaya Baru Yang Merisaukan!” - Ustazah Asma’ Harun
Penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun memberi pandangan tentang isu mencari jodoh melalui cara ‘speed dating’ yang tular di media sosial baru-baru ini.

Speed dating budaya merisaukan

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Ustazah Asma’ berkata trend mencari jodoh melalui cara tersebut adalah budaya yang merisaukan.
“Cuba Tuan Puan bayangkan, wanita pertama berkenalan dengan lelaki pertama, kemudian selepas tamat masa, dia teruskan dengan lelaki seterusnya.
“Boleh jadi, tiga orang akan suka perempuan yang sama dan boleh jadi perempuan tadi suka pada lelaki yang lain.

“Proses ini jelas tidak mengikut landasan Islam dalam bertaaruf. Islam sangat meninggikan maruah dan sifat malu antara kedua-dua pasangan.

“Jika taaruf itu tidak berjaya sekalipun, maka kedua-dua pasangan tetap perlu menjaga rahsia dan aib.

“Ramai yang bertanya adakah proses perkenalan yang diberi nama “speed dating” ini dibolehkan?
“Malah ada juga yang berhasrat untuk mengikutinya. Nauzubillahi minzalik. Lebih menyedihkan ada juga wanita dan lelaki Muslim yang turut serta dalam proses perkenalan ini,” ujarnya.

BERITA TRENDING: “Hubungan Intim Bukan Punca Utama, 90 Peratus Pasangan Bercerai Sebab Abaikan Solat” - Ustazah Asma’ Harun

Speed dating tidak wajar dipromosikan

Dalam hantaran yang sama, Ustazah Asma’ menegaskan cara perkenalan untuk mencari jodoh seperti itu tidak wajar dipromosikan.
“Berbalik kepada isu “speed dating”, ia tidak wajar dipromosikan kepada umum terutamanya kepada orang Islam.
“Moga pihak berwajib prihatin terhadap isu ini dan meneliti kembali garis panduan untuk mana-mana platform cari jodoh agar proses yang suci ini tidak dicemari dengan dosa dan dijalankan berlandaskan syariat Islam terutamanya dari segi pelaksanaan, etika kerahsiaan, privasi pengguna, menjaga batas pergaulan berlainan jantina dan lain-lain,” tegasnya.
Berikut merupakan petikan penuh Ustazah Asma’:
Terdahulu, tular satu video berkenaan temujanji antara pasangan lelaki dan wanita dalam satu acara “speed dating” untuk tujuan mencari pasangan hidup.
Acara itu dibuat di sebuah kafe dan melibatkan beberapa pasangan duduk secara berhadapan.
Acara ini membolehkan peserta untuk berkenalan antara satu sama lain. Setiap wanita akan diberi masa duduk bersama lelaki untuk berbual.
Setelah tamat masa, peserta lelaki yang lain pula akan berkenalan dengan peserta wanita tersebut, begitulah seterusnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024