Laman Utama
Suami Maut Bunuh Diri Wasiatkan Isteri - “Tolong Bayarkan Hutang Saya…”
Seorang lelaki warga emas, Edi Siswanto, 52, ditemui mati akibat dirempuh dan digilis kereta api di Stesen Pegaden Baru, Kabupaten Subang, Indonesia.
Ketua Polis Pagaden, Senan Ali memberitahu, menerusi sesi soal siasat saksi di lokasi kejadian, mengsa tiba di stesen itu dengan menaiki sebuah lori kecil.
Selepas tiba, mangsa masuk ke dalam tandas, kemudian keluar dan duduk di sebuah kerusi yang tersedia di stesen berkenaan.
Advertisement
Sewaktu kereta api tiba, Edi bergegas ke landasan dan membiarkan dirinya dilanggar dan digilis oleh kenderaan tersebut. Mangsa meninggal dunia serta-merta.
Pemeriksaan pihak berkuasa pada kenderaan milik mangsa mendapati sekeping surat yang meminta isterinya untuk membayar hutang sebanyak Rp3.5 juta (RM1,061).
“Mangsa membunuh diri dipercayai kerana terbeban dengan masalah hutang.
“Dalam surat wasiat, mangsa meminta isteri membayar hutangnya sebanyak Rp 3.5 juta (RM1,061) kepada seorang individu. Sementara itu, bagi hutang yang lain, mangsa mohon dihalalkan sahaja," katanya.
Sumber: Tribun News
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video