Doktor pelatih pakar bedah popular Dr. Amalina Bakri menyatakan kekesalan terhadap segelintir pihak yang masih menghantar foto anggota badan untuk dianalisis.

Jelas Amalina, tiada pegawai perubatan yang mampu mendiagnosis sebarang penyakit menerusi foto yang dihantar tanpa melalui proses konsultasi.

"Sudah tahun 2020, tapi masih ada lagi yang menghantar gambar private parts dan anggota tubuh badan keapda saya untuk mendapatkan diagnosis, rawatan dan nasihat perubatan.

"Untuk makluman anda semua, doktor tidak boleh buat 1 to 1 consultation melalui media sosial," katanya.

Berseloroh dengan netizen dengan menyatakan dia bukanlah seperti karakter Marvel Dr. Strange, saran Amalina pesakit perlulah melalui prosedur rawatan yang sewajarnya.

"Saya bukan Dr. Strange, boleh bagi rawatan dari jarak jauh. Tolonglah berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berdekatan.

"Sudah berapa kali saya nak habaq mai atau hang nak saya chop chop hang ka," tambahnya.

Perkongsian Amalina itu membuka mata banyak pihak akan kesedaran scammer yang memperdaya orang awam untuk mendapatkan foto anggota badan dengan tujuan tidak elok.

"Yikes, literally a 'private' message. I think it borderlines on harassment. Or maybe they're too shy or don't know where to go. Boleh je pergi ke klinik kesihatan untuk bertanya," tulis @hakimostudio.

"Di FB pernah berlaku seseorang menyamar identiti sebagai doktor kanak-kanak dan banyak menulis ilmu kesihatan kanak-kanak. Apa terjadi, ramai ibu bapa yang menghantar gambar kemaluan anak mereka untuk 'pemeriksaan'. Rupa-rupanya 'doktor' tersebut ialah pedofilia," sahut @AimanPsikologi.