Pasangan YouTuber masakan terkenal, Sugu Pavithra memberitahu bahawa mereka hanya mahu meneruskan kehidupan normal seperti orang biasa selepas ini.

Menurut S. Pavithra, mereka tidak mahu lagi dikenali sebaliknya hanya mahu menumpukan perhatian kepada keluarga tercinta.

Sehubungan itu, Pavithra meminta supaya mereka tidak lagi diberi sebarang anugerah di masa hadapan kerana merasakan mereka masih baharu dan tidak layak.

"Ada lagi di luar sana, jangan pilih kami sebab ramai rakyat yang salah faham. Benda ini buat ramai orang sakit hati, bukan YouTuber saja, ramai lagi yang berbakat, lain bidang pun ada.

“Jadi kami tidak layak untuk semua ini, kami nak hidup normal, jaga keluarga, itu saja. Kami tidak hendak jadi orang kata dikenali ramai, kami biasa saja. Biarkan kami hidup biasa,” katanya seperti yang dilapor portal Astro Awani.



Pavithra berkata demikian ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Sesyen Ipoh semalam selepas menjelaskan bayaran jaminan RM10,000 yang dikenakan terhadap suaminya.

BACA: "Saya Sudah Maafkan Suami"- Pavithra Mohon Terus Sokong Video Masakannya

Terdahulu M. Sugu, 29, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Pavithra di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, antara jam 4 hingga 5 petang, pada 21 Julai lalu.

Bahkan, difahamkan, tindakan suaminya itu juga mempunyai kaitan dengan salah faham yang tercetus daripada sebuah majlis pengiktirafan di Ipoh.

Sebelum ini, Pavithra menerima pengiktirafan sebagai ikon Anak Bandaraya Ipoh daripada Majlis Bandarayaq Ipoh (MBI)

BACA: YouTuber S. Pavithra Individu Pertama Terpilih Sebagai 100 Ikon Anak Bandar Raya Ipoh!




Sumber: Astro Awani