Laman Utama

“Suka Budak-Budak, Dia Layan Anak Saya Tak Nampak Fake” - Sikap Penyayang Caprice Buat Farra Inalis Terbuka Hati

gempak
Mya Amri
16/11/2021
23:45 MYT
Sponsor Banner
“Suka Budak-Budak, Dia Layan Anak Saya Tak Nampak Fake” - Sikap Penyayang Caprice Buat Farra Inalis Terbuka Hati
Isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis akhirnya membuka cerita mengenai detik perkahwinan mereka.
Farra atau lebih mesra dengan panggilan Elis itu berkongsi cerita mereka secara eksklusif dalam program MeleTOP yang bersiaran pada Selasa.
Menurut Elis, sikap penyayang dan layanan Caprice terhadap anaknya berjaya membuka hatinya untuk menerima lamaran penyanyi rap itu.
Strong reason adalah sebab Caprice ini seorang yang sangat-sangat penyayang dekat budak jadi dia berjaya memenangi hati saya dekat situ.
“Caprice dengan anak saya sangat rapat, dia selalu bawa anak saya beli mainan, bila kita makan bersama, dia layan anak saya tu tak nampak fake, jadi maknanya dialah orangnya,” jelas Elis sewaktu ditanya hos MeleTOP, Jihan dan Nabil.
Ketika ditanya bagaimana Elis kekal bersama Caprice sewaktu dia ditimpa pelbagai dugaan dan kontroversi, ini jawapannya.
“Macam mana saya berada di samping dia tu adalah disebabkan sokongan keluarga juga, mereka tahu Caprice ini seorang yang baik.
“Cuma dia ada baran dia, kadang-kadang bila dia buat sesuatu dia tidak sempat nak berfikir, dia ada ego dia sendiri, jadi saya cuba beri semangat pada dia, cuba tenangkan dia,” ujar Elis sambil tersenyum.
Di penghujung segmen bersama Elis dan Caprice, Jihan serta Nabil juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin selain mendoakan kebahagiaan mereka.
Terdahulu, foto Caprice yang sedang menyarung cincin di jari manis seorang gadis mencetuskan pelbagai pertanyaan netizen pada Isnin.
Berita tersebut pada mulanya dikongsi oleh individu bernama Yasser Khan menerusi ruangan Insta Story miliknya.
Bagaimanapun perkongsian itu dikongsikan semula oleh penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz.
BACA: Caprice Kahwin Senyap-Senyap? Azira Shafinaz Ucap Tahniah
BACA: “Ya, Alhamdulillah Dia Dah Kahwin… Wanita Kelantan, Baik Orangnya” – Pengurus Peribadi Caprice
BACA: Inikah Suri Hati Caprice? Farra Inalis Secantik Namanya...
Seakan mengesahkan berita gembira itu, Caprice kemudiaannya berkongsi sepotong video daripada majlis pernikahannya bersama Elis di akaun Instagramnya pada hari yang sama.
Tahniah buat pasangan sama cantik dan sama padan ini, selamat pengantin baru Caprice dan Farra Inalis.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live