DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan berangkat hadir ke tayangan istimewa filem PASKAL The Movie yang diadakan pada malam Khamis.
Tuanku Sultan yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia telah berangkat hadir bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Kehadiran keluarga diraja disambut Panglima Tentera Laut dan isteri.
Turut hadir bersama ke majlis tayangan tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari.
PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia.
Diadaptasikan dari kisah benar, PASKAL The Movie diinspirasikan dari kisah kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Filem arahan Adrian Teh itu dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.
Jangan lupa untuk menyaksikan filem ini yang bakal ditayangkan bermula 27 September ini!
Kamaruddin Razal
Fri Sep 07 2018
Sheriff: 14 Hari Tayangan Kaut RM44.5 Juta! Ramai Beri 10/10
Tahniah Sheriff.
Wakil Malaysia Menyanyi Di China, Sarah Yasmine Luah Rasa Bangga Dengan Bella Astillah
Kemelut rumah tangga yang dihadapi seakan-akan tidak mengganggu pelakon dan penyanyi, Bella Astillah untuk mencipta kejayaan sendiri dalam karier seninya. Mewakili negara untuk mengadakan persembahan di Wuhu Shenshan Music Festival 2024 di China, Bella mempersembahkan sebuah lagu berbahasa Cina selain Sumandak Sabah nyanyian asal Velvet Aduk dan
The Weeknd Sumbang RM9.5 Juta Buat Bantuan Makanan Di Gaza
Penyanyi terkenal, The Weeknd sekali lagi menyalurkan derma RM11.7 juta daripada organisasi miliknya XO Humanitarian Fund dalam usaha menyediakan 18 juta keping roti untuk membantu keluarga di Gaza.
Tak Kisah Dikecam, Erma Fatima Terbuka Kerjasama Dengan Aliff Aziz & Ruhainies
Tidak terganggu dengan kecaman, pengarah dan penerbit, Erma Fatima enggan menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan pelakon kontroversi Ruhainies dan Aliff Aziz pada masa akan datang. Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 56, bakat yang dimiliki dua selebriti itu tidak ada kena mengena dengan masalah peribadi yang dihadapi buat
Labelkan Anak Dajjal Kecil & Beri Kata-Kata Kesat, Caprice Cari Budak Biadap Sampai Lubang Cacing - “Kita Jumpa Depan Depan”
Melampaunya sampai hina anak orang.
Platform Untuk Merentasi Industri Lain, Kerjasama Filem The Experts Dengan Calpis Soda Jadi Tanda Aras
Filem The Experts kerjasama dengan Calpis Soda.
Ruhainies Maafkan Netizen Bergosip Tentangnya - “Mereka Tak Nampak Apa Yang Sebenarnya Berlaku..”
Aktres sensasi, Ruhainies mengakui akan memaafkan individu yang bergosip tentang isu kontroversi nya baru-baru ini.
"Kahwin Jer Senang, Nak Akak Sponsor?" - Ifa Raziah Mohon Aliff Aziz, Sarah Yasmine Selesaikan Kemelut, Netizen Dua Negara Tak Bertelagah!
Selebriti versatil, Ifa Raziah menyeru agar semua pihak yang terbabit dalam kontroversi melibatkan selebriti Singapura iaitu Aliff Aziz dan Sarah Yasmine agar berhenti daripada terus bertelagah dan menyebarkan aib satu sama lain.
Isu Halau Sarah Yasmine, ‘Mok Cun’ Diperli Warga Singapura Jual Produk Dalam SGD - “Kenyang Kan?”
Pempengaruh dan pencipta kandungan dari republik itu, Hafidz Abdul Rahman memulangkan paku buah keras keras kepada Erma Fatima.
Aaron Aziz Enggan Ulas Kontroversi Aliff Aziz - “Saya Harap Masalah Itu Tak Jejaskan Peluang…”
Aaron harap isu itu tak jejas peluang orang lain.