Hiburan
Taemin Hormat Adab Malaysia, Tak Robek Baju Masa Nyanyi Lagu Guilty
Bintang idola K-Pop, Taemin, mendapat pujian peminatnya apabila memilih untuk menghormati budaya setempat lokasi konsert jelajahnya 2024 Taemin World Tour: Ephemeral Gaze di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Taemin yang biasa menyanyikan lagu Guilty dengan cara membuka baju, tidak melakukan hal sama ketika berkonsert di Kuala Lumpur.
"Biasanya semasa lagu ‘Guilty’, ada bahagian di mana saya akan merobek baju saya, tetapi mari kita lihat itu di negara lain kerana saya menghormati budaya di sini," katanya ketika berucap kepada peminat.
Lazimnya, membuka baju ketika menyanyikan lagu Guilty menjadi gerakan ironi dan tarikan utama dalam setiap persembahan Taemin sebelum ini.
Advertisement
Tindakan Taemin yang menghormati budaya dan adab lokasinya berkonsert itu dipuji warganet, malah ada yang sempat membandingkan dengan selebriti tempatan.
“Macam mana orang yang bukan Islam lebih memahami dari kita yang lahir sebagai seorang Islam?”
“Artis luar hormat budaya sini. Artis lokal bebas bermini skirt dan baju crop top”
“Taemin yang bukan orang Malaysia pun pandai hormat manakala artis malaysia”, komen dari peminat.
BERITA TRENDING: Afgan Ulas Aksi Mesra Bersama Jessi Dalam Video Muzik ‘Escape’ - “Sama Macam Kita Selalu Lakukan…”
BERITA TRENDING: Netizen Desak Jatuhkan ‘Hukum' Buat Jennie Blackpink Kerana Hisap Vape
BERITA TRENDING: Dokumentari Burning Sun Dedah Fakta ‘Red Room’, Pengunjung Wanita Diberi Dadah, Diperkosa
BERITA TRENDING: Lisa Blackpink Beli Rumah ‘Tersorok’ Di Beverly Hills, Harga RM19 Juta
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 112,700 ribu tontonan di aplikasi X dan 3,500 butang suka.
Sumber: X
Must-Watch Video