Laman Utama

“Tak Berapa Faham Kenapa Semua Sibuk Nak Pergi Langkawi? Tak Boleh Tunggu….” – Nabila Huda Harap Pertanyaan Tak Disalah Erti

gempak
Fiza Kamarudin
16/09/2021
16:00 MYT
Sponsor Banner
“Tak Berapa Faham Kenapa Semua Sibuk Nak Pergi Langkawi? Tak Boleh Tunggu….” – Nabila Huda Harap Pertanyaan Tak Disalah Erti
Pelakon dan pengacara popular Nabila Huda memohon persoalan yang diciap menerusi laman sosial Twitter berhubung reaksi sesetengah individu setiap kali kerajaan mengumumkan ‘sesuatu’ tidak disalah erti.
Nabila Huda pada petang tadi membuat beberapa kicauan mengenai sikap ‘orang kita’ yang seolah-olah tidak boleh bersabar setiap kali selepas kerajaan membuat pengumuman mengenai sesuatu perkara.
Misalnya kata Nabila Huda atau Abil, ramai yang bersesak di pasar raya sebaik sahaja kerajaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan.
“Masa announce MCO, semua pergi supermarket, panic buying. Hari tu announcement, hari tu jugak semua berpenuh kat supermarket.
“Ke sebenarnya manusia memang macam ni? Semua jenis tak boleh bersabar..Jenis yang takde fikir, ok boleh lepas, oh no nak kena beli barang dapur, tapi takpela, bagi dulu orang pergi, pastu kite akan pergi kemudian. Memang nak kena, jam tu announce, jam tu jugak kena pergi? Haha…,” ciap Abil.
Sebelum itu Abil turut menciap kemusyikilan mengenai kebanjiran orang ramai melancong ke Pulau Langkawi (bermula) hari ini.
“Tak berapa faham kenapa semua sibuk nak pergi Langkawi. Hari ni boleh pergi, hari ni jugak semua nak pergi. Tak boleh tunggu minggu depan ke,bulan depan ke. Tetap nak jugak hari ni. Kenapa eh?
“Hari tu masa dah boleh rentas daerah, semua jugak pergi sungai. Time tu jugak,hari tu jugak semua nak pergi sungai. Chaos keadaan kat sungai,” tulisnya lagi menerusi bebenang sama.
Bagaimanapun, Abil memohon agar pengikutnya di laman sosial tersebut tidak salah faham dengan pandangan peribadinya itu.
“Eh jap, korang jangan salah anggap pulak. Abil tak against anyone. Setiap orang ada pilihan dan pendapat masing-masing.
“Saya bukan bagi pendapat or bagi statement. Saya hanya bertanya. “Kenapa” itu je. Kang lain pulak orang fikir. “Apa-apa pun, jaga diri ok?,” pesan Abil.
Terdahulu, media melaporkan Langkawi kembali menerima kedatangan pelancong pada hari pertama gelembung pelancongan yang bermula hari ini, selepas sekian lama ditutup ekoran pandemik COVID-19.
Dianggarkan seramai 3,200 pelancong tiba di pulau peranginan tersebut menerusi tiga trip perjalanan feri dari Kuala Perlis dan 18 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live