Pelakon Harris Annuar, 28, mendedahkan dia telah difitnah oleh seorang individu yang mendakwa dia seorang duda bukan lelaki bujang.

Menerusi Instagram Stories miliknya, Harris berkongsi tangkapan skrin yang memaparkan perbualan dari pemilik akaun yang menggunakan nama @OmgItsSaraa_ .

"Apabila dunia semakin di hujung zaman, maka manusia merasa kemanisan dengan ... #BestNyaFitnahOrang," tulisnya.



Berdasarkan beberapa ciapan di Twitter, individu itu kelihatan tidak berpuas hati dengan 'content' video yang dibuat oleh Harris.

"Kesian duda ni solo sampai buat content palsu haha dah la tak kelakar.

Malah, tambah netizen itu, bekas peserta Hero Remaja 2017-2018 juga mempunyai dua orang cahaya mata.

"Ada anak.. dua orang. Duduk dengan bekas isteri," katanya lagi.




Bagaimanapun, pemilik nama Mohammad Harris Shahrul Annuar menganggap dakwaan tersebut sekadar taktik bagi individu itu mendapat perhatian.