Filem arahan Nazir Jamaluddin, Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut (JTKTAPT) telah menjengah pawagam rumah anda mulai 8 Julai lalu.

Kepada anda yang masih belum menonton, hujung minggu ini mungkin menjadi masa yang sesuai untuk anda menontonnya tidak kiralah sendirian, mahupun bersama keluarga atau rakan serumah.

Genre komedi seram yang ditampilkan boleh dijadikan bahan hiburan untuk bergelak ketawa setelah hampir seminggu sibuk dengan pelbagai tugas harian.

JTKTAPT menampilkan trio yang pastinya menghiburkan iaitu Mark Adam, Amerul Affendi dan Shuk Sahar.

Tunggu! Barisan pelakon filem ini tidak terhenti di situ kerana ia juga dibintangi Tasha Shilla, Wan Hanafi Su, Bell Ngasri, Jasmin Hamid, Ropie, Dalimawati dan ramai lagi.

Meskipun JTKTAPT memaparkan kisah seram, namun penceritaannya disulami elemen jenaka yang mencuit hati, jadi...Jangan takut untuk menyaksikannya okay!

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.