Pelakon Bella Dally tidak terkejut apabila namanya dicalonkan dalam kategori yang sama dengan bekas suaminya, Nazim Othman dalam top 5 bagi kategori Artis Sensasi Popular di Anugerah Bintang Popular BH Ke-32 (ABPBH32).
Menurut Bella, dia dan Nazim sama-sama berada dalam industri hiburan, jadi dia tidak perlu berasa terkejut dengan perkara itu.
"Saya tidak sangka nama saya berada dalam senarai top 5 ABPBH32 ini, walaupun saya agak kurang muncul di kaca televisyen, namun mungkin populariti saya dinilai berdasarkan perkongsian saya di media sosial.
"Berada dalam ketegori yang sama dengan Nazim, saya tidak terkejut dengan perkara itu, kami berdua sama-sama berkecimpung dalam industri hiburan, saya merasakan perkara ini normal," kata Bella kepada Gempak baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Bella kini aktif menceburi bidang perniagaan kosmetik.
"Sekarang saya sedang menceburkan diri dalam perniagaan kosmetik memandangkan saya mempunyai minat yang mendalam terhadap kecantikan.
"Saya berhasrat untuk memulakan perniagaan sejak dua tahun lalu, Alhamdulillah, ia dapat dilaksanakan sekarang, Insya-Allah, pelancaran produk akan diadakan dalam masa terdekat," tambahnya.
ABPBH32 bakal berlangsung pada 22 September ini, sebanyak 15 kategori utama dan 5 kategori online akan dipertandingkan pada malam berprestij itu.
Mira Filzah dan Siti Nordiana masing-masing mendominasi tujuh dan enam pencalonan dalam anugerah tersebut.
Asraf Aided
Mon Aug 26 2019
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.
[PROMO] TikTok Gimme The Mic MY
Lelaki Kantoi Curi & Kumpul 675 Helai Seluar Dalam Wanita
Pelik tapi benar. Itulah yang boleh diperkatakan berkaitan satu perbuatan jenayah di mana seorang individu mencuri dan mengumpul sebanyak 675 helai seluar dalam wanita.
Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”
Tuan badan punya wedding dah jawab.
Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Polis Jumpa Ular Dalam Seluar
Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor ular yang disembunyikan di dalam seluarnya
Faisal Halim Kritikal, Tangan Kiri Sukar Bergerak
Doakan Faisal cepat sembuh
Shila Amzah Berharap Dapat Bersalin Secara Normal - “Ini Merupakan Yang Paling Lama Saya Mengandung…”
Semoga dipermudah.
Caprice & Isteri Berhenti Kongsi Mengenai Anak Di Laman Sosial - “Maaf Untuk Ibu Bapa Yang Suka Sama-Sama…”
Caprice seronok dapat kongsi pengalaman jaga bayi.
Didakwa Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Puteri Sarah!
Pelakon Puteri Sarah kesal dengan penyebaran berita palsu kononnya hubungan dengan bekas suami iaitu pengarah Syamsul Yusof akan kembali bertaut.