Pelakon, Faye Kusairi meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir netizen yang mendakwa rumah tangganya sedang bermasalah hanya kerana jarang berkongsi foto bersama suami, Azmi Hatta.

Faye mendedahkan perkara itu menerusi satu hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Menurut Faye, dia kini sedang bahagia bersama keluarganya namun kurang gemar untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi di media sosial.

“Terpaksalah upload gambar bersama suami. Ramai sangat risau pasal rumah tangga aku ni ha sampai sanggup memfitnah.

“Relax guys, aku ni memang sejenis kurang minat nak share apa-apa sejak-sejak dah berusia ni. Aku berniaga nasi ayam tepi jalan pun kena fitnah macam macam.

BERITA TRENDING: Faye Kusairi Kini Berniaga Nasi Ayam Tepi Jalan, Terharu Azza Elite Datang Support - “Berbunga Hati Kita”

“Aku tak upload gambar dengan suami pun kena fitnah macam macam. Aku shooting ke tak shooting pun kena fitnah.

“Apoo... Jujur cakap kan, sikap aneh aneh beginilah asbab aku ni makin malas nak upload atau layan sangat somed ni sebenarnya. Penat… Macam tak fun pun ada dah,” luahnya.

A post shared by FAYE KUSAIRI | NASI AYAM BUKIT ANTARABANGSA (@fayekusairi)


Faye beri nasihat, jangan sibuk hal orang

Dalam hantaran yang sama, Faye juga turut memberikan nasihat kepada netizen untuk tidak sibuk dengan kehidupan orang lain.

“Jagalah tepi kain sendiri, bertutur dan berpendapatlah benda benda yang positif dan punya manfaat.

“You should be living your life, so just focus on making your’s a better one rather than comparing others and sticking your nose in other people's life.

“Harap harap yang baca ni sudilah terima nasihat aku yang tak seberapa ni ha...,” tulisnya ikhlas.

Untuk info, Faye mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 8 April 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.