Jika ada beranggapan sistem menghargai ejen itu sudah tidak relevan dalam dunia niaga, hal itu sebaliknya ditepis kuat oleh ahli perniagaan popular, Said Saiful Fazli.

BERITA TRENDING: "Jiwa Kami Tak Tenteram" - Demi Palestin, ChocoAlbab Derma RM80,000 Kepada Cinta Gaza Malaysia

Said yang menjalankan empayar syarikat Saudagaar Asia (S-Asia) menerusi jenama produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, ChocoAlbab itu tegas dengan pendiriannya tetap melihat ejen sebagai harta berharga.

Malah Said berkata, melihat kejayaan ahli perniagaan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mencipta jaya dan fenomena dengan menjaga hati pelanggan, dia juga enggan mempersiakan ejennya.

BERITA TRENDING: "Tak Perlu Tayang Rumah Besar, Kereta Mewah" - Pengasas ChocoAlbab

Justeru, tidak pelik kesungguhannya itu melayakkan Said dilabel sebagai ‘founder berhati ejen’.

“Kalau ada menganggap sistem ejen sudah tak relevan, mereka itu barangkali tidak berfikir panjang dalam berkata-kata. Tak apa, itu cara orang lain. Tapi saya tetap melihat ejen sebagai lubuk penting dunia niaga.

“Jadi tradisi menghargai ejen melancong sebagai penyuntik semangat tetap diteruskan. Setiap tahun lebih empat kali kita raikan ejen dengan bercuti sebagai terapi diri.

“Khairul Aming boleh curi perhatian pelanggan setianya, biar saya jaga kemas hati ejen,” katanya bersemangat.

A post shared by COACH SAID ?? (@saidsaifulfazli)


Terdahulu jenama ini antara yang kerap membakar semangat ejen dengan bawa mereka makan angin dalam dan luar negara.

Antara lokasi yang pernah dijejaki merai ejen termasuk Singapura, Dubai dan Club Med Cherating.

Terbaharu, seramai 130 ejen termasuk staf syarikat ini dibawa ke Pulau Langkawi selama 3 hari dua malam awal Februari lalu.

“Menariknya, kami ‘tapau’ satu penerbangan ke sana. Malah pramugari bertugas siap mengalu-alukan keberadaan kami dengan pembesar suara.

“Mungkin ada beranggapan, ala setakat pergi Langkawi saja. Tak kisahlah, dalam atau luar negara, momen dicipta itu sangat istimewa. Tapi saya dimaklumkan ramai ejen yang dirai kali ini tak pernah berkunjung ke pulau yang mengangkat lagenda Mahsuri ini.

“Jadi saya tumpang gembira dengan kunjungan sulung hampir kebanyakan ejen kali ini. Seperti mana takkan hilang jejak sejarah seperti Mahsuri di Langkawi, sebegitu juga saya mahu jenama ChocoAlbab terus beraja di hati ejen dan peminat,” katanya.

PILIHAN PEMBACA: Dah Macam Rombongan Cik Kiah, Pengasas Produk Viral Coklat Bijirin ChocoAlbab Angkut 5 Bas Ejen Ke Singapura!

Kata Said lagi, sepanjang berada di sana pelbagai aktiviti menarik dilakukan.

“Kami melawat kilang gamat dan kilang batik. Kami menaiki kereta kabel. Lawatan ke situ tentunya tak lengkap tak berkunjung ke Pekan Kuah dan Dataran Helang.

“Aktiviti di hotel juga tak dilupakan. Malah makan malam bertemakan Melayu Klasik turut diadakan,” katanya.

Dalam pada itu, Said bersyukur jenama yang diperkenal sejak April 2021 itu juga terus diterima ramai.

“Syukur, masuk kedai serbaneka dan premis makanan, banyak produk kami ada dijual di kaunter. Pendek kata, produk ini boleh didapati dengan mudah di hampir semua kedai berhampiran anda.

“Kami guna sistem ‘reseller’ dan ia sekali gus membantu ramai usahawan menjana pendapatan,” katanya.

PILIHAN PEMBACA: "Kalau Tak Sedap Saya Tak Terima ..." - Khai Bahar