,
Viral

Tasik Taiping Kering, Kerajaan Negeri Putuskan Tiada Keperluan Mendesak Lakukan Pembenihan Awan

Gempak
26/07/2024
07:55 MYT
Kerajaan negeri Perak memutuskan tiada keperluan mendesak untuk melaksanakan pembenihan awan di Tasik Taiping yang kering akibat cuaca panas ketika ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keutamaan bagi pembenihan awan akan diberikan kepada Tasik Bukit Merah kerana ia digunakan untuk tujuan pengairan.

Tiada keperluan

Menurutnya, Tasik Taiping hanyalah merupakan kawasan rekreasi dan jika pembenihan awan dilaksanakan memerlukan kos yang tinggi.

"Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi jadi keperluan mendesak lebih kepada Tasik Bukit Merah. Kita tak dapat beri perhatian kerana kos (pembenihan awan) agak mahal jadi kita tunggu ia kembali secara semula jadi iaitu air masuk semula pada musim hujan.

"Di Tasik Bukit Merah, kita sudah memohon kementerian berkaitan untuk melakukan pembenihan awan kerana kita perlu selamatkan aktiviti pertanian di kawasan berhampiran," katanya kepada pemberita selepas program Townhall Wanita Perak di Pusat Konvensyen Casuarina, Bandar Meru Raya, Ipoh pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: #TravelMana: Lepas Isu Lelaki Terjun, Tasik Cermin Dibuka Semula! Tapi Now Kena Bayar Tau!

ARTIKEL BERKAITAN: Gara Gara Aksi Terjun, Tasik Cermin Ditutup

ARTIKEL BERKAITAN: #Travelmana: Wanita Hamil Selepas Mandi Di Tasik Dayang Bunting, Netizen Beri Pelbagai Reaksi - “Elok Berendam Atau Minum..”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tulah Orang Tua-Tua Pesan...”- Telefon Jatuh Ke Dalam Tasik, Selepas 15 Minit Mencari Nabila Huda Tak Percaya...

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sampai 5 Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Dah Dicemari Dengan Sampah! Biar Betul?

Hadir sama pada program tersebut, Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.
Saarani berkata, Tasik Bukit Merah perlu dipenuhkan menggunakan sumber air dari luar dan tidak boleh mengharapkan telaga pengeluaran air bawah tanah di Loji Rawatan Air (LRA) Gunung Semanggol.
Menurutnya, operasi LRA tersebut di bawah kendalian Lembaga Air Perak (LAP) dan hanya mampu menampung untuk kegunaan domestik di sekitar kawasan berhampiran sahaja.
Media sebelum ini melaporkan keadaan Tasik Taiping yang kering sehingga menampakkan dasarnya akibat cuaca panas dengan keadaan tanah turut mengalami rekahan.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

Menangi Tiket ke Sepahtu Reunion Live Tour Pentas Komedi Pertama di Singapura!

gempak
22/11/2024
08:05 MYT
Tak kan korang tak nak menang kan! Jom join sekarang!
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Viral

Kak KM Tampil Beri Penjelasan, Resit Makanan RM17,000 Bukan Miliknya - “Netizen Menggelupur Sangat, Tak Sangka Macam-Macam Andaian Orang Buat”

gempak
22/11/2024
06:55 MYT
Usahawan kontroversi, Kak KM tampil membidas dakwaan netizen yang kononnya dia riak kerana menunjukkan bil makanan mencecah RM17,000.
Sukan

Muak Jadi Pemain Profesional, Bekas Bintang Manchester United Tak Kisah Jadi Posmen - “Saya Boleh Ambil Anak-Anak Balik Sekolah Setiap Hari”

gempak
22/11/2024
06:33 MYT
Bekas pertahanan Manchester United, Marnick Vermijl mengakui dia sudah muak dengan bola sepak profesional.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar