Laman Utama

Thailand Jadi Negara Asia Pertama ‘Halalkan’ Tanam Ganja Di Rumah, Tapi…

gempak
Maliah Surip
10/06/2022
02:11 MYT
Sponsor Banner
Thailand Jadi Negara Asia Pertama ‘Halalkan’ Tanam Ganja Di Rumah, Tapi…
Thailand menjadi negara Asia pertama yang ‘menghalalkan’ tanaman ganja di kediaman atau rumah bermula semalam.
Kebenaran itu diberikan untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Namun kerajaan sama sekali tidak akan bertolak ansur menjatuhkan hukuman buat golongan yang menggunakan ganja sebagai bahan melalaikan.
Malah mengambil dadah kekal diharamkan atau dilarang sama sekali di negara tersebut.
Bercakap kepada CNN, Menteri Kesihatan Thailand, Anutin Charnvirakul berharap dengan ‘menghalalkan’ penanaman ganja di rumah akan mampu meningkatkan ekonomi negara.
“Walaupun dibolehkan, ia masih tidak kerana kami memiliki akta dan undang undang yang mengawal pengambilan, merokok atau menggunakan ganja untuk kebaikan,” kata Anutin.
Anutin juga berkata: “Kami tidak pernah mengalakkan masyakarat mengambil ganja untuk tujuan yang memudaratkan.”
Beliau turut menegaskan tidak menerima pelancong yang datang dari luar negara hanya untuk menghisap ganja di tempat awam di Thailand.
“Datang ke Thailand untuk merokok atau mengambil ganja tanpa tujuan perubatan atau kesihatan di tempat awam adalah salah. Jangan datang dan kami tidak mengalu alukan kedatangan kalian atas tujuan tersebut,” tegasnya/
Menurut laporan sama, menanam ganja di rumah bukan lagi satu kesalahan untuk merawat penyakit. Restoran atau kafe juga dibenarkan menggunakan ganja sebagai salah satu bahan dalam makanan atau minuman.
Namun, sesiapa yang ditangkap mengambil atau menghisap ganja di tempat awam boleh dikenakan penjara sehingga tiba bulan dan denda sebanyak $800.
Meski demikian, pengumuman ‘menghalalkan’ tanaman ganja di rumah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan segelintir masyarakat kerana berasa ia mampu membuka ruang yang lebih besar untuk seseorang terjerumus dengan masalah ketagihan dadah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live