Aktres jelita, Anzalna Nasir berkongsi sekeping foto beberapa hadiah berupa pakaian jenama mewah yang dihadiahkan kepada anaknya, Eidrees.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.

Anzalna mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saudara kepada anaknya itu kerana memberi hadiah tersebut.

Antara jenama mewah yang kelihatan dalam foto itu adalah Hermes dan Ralph Lauren.

"Thank you for spoiling my son, aunties and uncles!

"Mummy dia tak minta lebih, kalau dapat orange box macam Eidrees tu pun dah cukup bersyukur sangat," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira melihat hadiah yang diterima Eidrees.

Thank you for spoiling my son, aunties and uncles! @diananasir86 @wanarvee @nazirahnasir97 @afifahnasir93 @mianasir91 @umarannuar @tunkusulaiman Mummy dia tak minta lebih, kalau dapat orange box macam Eidrees tu pun dah cukup bersyukur sangat. ?

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on


Anzalna selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, Mohamad Eidress pada 31 Mei 2019.

Pemilik nama sebenar Nur Anzalna Md Nasir ini mendirikan rumah tangga bersama suaminya Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.