Suami kepada pelakon Noorkhiriah, Azfaizul Ahtan dimasukkan ke sebuah hospital selepas mengalami masalah kesihatan.

Biarpun tidak didedahkan punca, Khiriah memohon doa daripada semua pihak untuk mendoakan kesembuhan suaminya.

"Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. Mohon doakan kesembuhan buat suami akak ye, terima kasih," tulis Khairah menerusi Instagramnya.

Rata-rata rakan artis dan peminat meninggalkan komen dengan mendoakan supaya suami Khiriah kembali pulih selepas menerima rawatan.

Untuk makluman semua, Khiriah dan Azfaizul telah mendirikan rumah tangga pada November 2006.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.

Mama pi Mauritius nak??..papa hang masuk wad nak oii,bukan pi oliday..doakan suami akak sihat semula yer,mkasih semua?

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

‘Tiada Daya & Upaya Melainkan Dengan Pertolongan Allah’..mohon doakan kesembuhan buat suami akak yer,terima kasih semua.

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on