HIBURAN
Tiada Lagi ‘Sengketa’, Akhirnya Aisar Khaled Bertentang Mata Dengan Shuib Setelah 4 Tahun - “Sebenarnya Aku Dah Lama…”
Setelah empat tahun akhirnya sengketa antara pempengaruh media sosial, Aisar Khaled dengan pelawak Shuib berakhir selepas mereka bertemu baru-baru ini.
Pertemuan setelah 4 tahun
Video pertemuan mereka yang dikongsikan oleh Shuib di TikTok menarik perhatian netizen.
Menerusi perkongsian yang dibuat, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad mendedahkan sudah hampir empat tahun dia ‘mencari’ Aisar namun tidak berkesempatan untuk berjumpa.
“Sebenarnya aku dah lama cari orang ini, dah empat tahun dah. Cuma mungkin tak ada rezeki nak jumpa dia. Tapi hari ini Allah bagi rezeki untuk kita berjumpa,” katanya.
Menurut Shuib, Aisar adalah seorang individu yang sangat ‘gentle’ kerana menyedari kesilapan yang telah menggores hatinya sekeluarga sebelum ini.
“Dia ini baik sebenarnya dan sangat ‘gentle’. Itu hari (dulu) dia yang cari saya sebenarnya tapi saya yang tak sempat nak jumpa dia,” katanya lagi.
Sementara itu, Aisar atau Aisar Khaled Kamel menyifatkan isu dengan Shuib kira-kira empat tahun lalu telah banyak mengubah kehidupannya.
Banyak belajar
Ujar Aisar, nasihat yang diberikan Shuib sedikit sebanyak telah memperbaiki perangainya sebagai seorang pempengaruh.
“Sebelum ini saya ada isu dengan abang Shuib, tapi Alhamdulillah daripada isu itu juga saya dah perbaiki banyak sangat selepas dapat nasihat daripada abang,” ujarnya.
Pada 2021 lalu, Aisar mengundang amarah netizen selepas memuat naik video dirinya membuat giveaway, iklan dan ‘monetize’ video ketika menziarahi tanah perkuburan tempat Allahyarhamah Siti Sarah disemadikan.
Aisar kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menyedari ‘content’ yang dilakukan telah melanggar sensitiviti keluarga Shuib.
ARTIKEL BERKAITAN: Buat Content Kubur Arwah Siti Sarah, Shuib Maafkan Aisar Khaled - "Tak Guna Nak Berdendam"
ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku Salah, Aisar Khaled Mohon Maaf Kepada Shuib - "Netizen Berhentilah Mengungkit & Fitnah"
ARTIKEL BERKAITAN: Buat Video Ziarah Kubur Siti Sarah, Aisar Khaled Dikecam Netizen Lagi - “Tak Penat Ke Bodohkan Diri Sendiri..”
Kontroversi itu kemudiannya selesai selepas Aisar memuat naik mesej pesanan suara yang dihantar Shuib memaklumkan dirinya memaafkan kesilapan yang telah dilakukan pempengaruh itu.
Untuk rekod, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.
@shuibsepahtu Dah lama carik dia!!!! Dulu ada hal dgn dia 😡 @AisarKhaledd ♬ original sound - shuibsepahtu
Must-Watch Video