Aktivis kemanusiaan, Mizz Nina mengesahkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkat mereka iaitu Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

BERITA TRENDING: Noh Terkejut Mizz Nina Tarik Semula Kes Penjagaan Penuh & Inter-Parte Musa - “Dia Minta Saya Datang Kemudian…

BERITA TRENDING: Suami Mizz Nina Selar Tindakan Noh Dedah Identiti Anak Angkat - “Itu Bukan Nama Sebenar Musa”

Nina ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pagi tadi untuk prosiding penarikan balik itu berkata tiada pertikaian yang sepatutnya berlaku kerana dia mempunyai dokumen yang lengkap sebagai penjaga Musa yang sah.

“Saya hadir ke mahkamah hari ini untuk menghormati prosedur mahkamah dan untuk mengesahkan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang mana tidak tertulis namanya (Noh). Jadi dengan ada dokumen ini bermaksud tiada pertikaian.

“Saya tegaskan tiada lagi pertikaian sebab ini bukan kes hak penjagaan dan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang lengkap,” katanya kepada media.

Tambah Nina, dia mahu Musa dibesarkan dalam persekitaran yang sihat dan juga oleh keluarga yang stabil.

“Musa ada mama dan baba, dia juga ada keluarga besar, jiran-jiran dan semua orang yang sayangkan dia, persekolahannya. Jadi saya mahu dia dibesarkan dengan cara yang terbaik,” katanya.

Mizz Nina yang mesra disapa sebagai Nina itu hadir bersama suaminya, Essam Muhammad dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan dan Mahmud Abdul Jumaat.

Fakhrul berkata Mizz Nina adalah ibu angkat Musa yang sah, justeru itu tiada isu yang berbangkit kerana kedua-dua kes sudah rasmi ditarik balik.

“Tiada isu apa-apa, seperti siapa yang nak melawat sebagainya. Kami sudah tarik balik kedua-dua kes dan mahkamah sudah benarkan kami untuk menarik balik dan pihak sana menyuarakan mengenai kos pentaksiran. Kos kecil sebab tiada apa tindakan yang diambil setakat ini.

“Hak anak angkat juga sudah diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina jadi tiada isu seperti kes hak penjagaan. Ini kes anak angkat bila anak angkat itu sudah diberikan kepada Mizz Nina sepenuhnya jadi tiada siapa boleh melawat.

“Keputusan muktamad adalah kepada ibu anak tersebut yang memutuskan untuk memberi hak penjagaan penuh kepada Mizz Nina,” katanya.

Semalam, pihak Mizz Nina memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Fakhrul Azman Abu Hassan berkata tiada proses sulh yang berlaku semalam dan hari ini pihaknya bersama Mizz Nina akan kembali mengesahkan di hadapan hakim.