Astro berkolaborasi bersama TikTok dalam mencari bakat nyanyian baharu atau pencipta kandungan muzikal untuk menyertai uji bakat edisi terbaharu ‘TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic Malaysia’, program pertandingan nyanyian di platform media sosial TikTok. Uji bakat buat edisi terbaharu ini akan dihoskan sepenuhnya di TikTok LIVE, perkhidmatan penstriman secara langsung dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY menerusi platform TikTok bermula 7 Mei sehingga 24 Mei 2024 dan dibuka kepada seluruh warga Malaysia.

Buat edisi baharu ini, pencipta kandungan atau penyanyi yang terpilih daripada uji bakat TikTok LIVE ini akan bertanding dalam program utamanya yang akan disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) buat pertama kalinya pada bulan Julai 2024 akan datang selama lapan minggu.




Video Promo TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic Malaysia

Syarat-syarat Ujibakat

  1. Ujibakat ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’ akan berlangsung bermula 7 Mei 2024 hingga 24 May 2024 dengan membuka penyertaan kepada seluruh warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Peserta haruslah mengikut panduan komuniti dan polisi TikTok sepanjang program berlangsung
  3. Peserta tidak terdiri daripada kakitangan kerajaan, ahli politik & menggunakan akaun TikTok mana-mana parti politik atau kakitangan pekerja, kontraktor Aplikasi TikTok
  4. Pengguna TikTok yang berbakat dan berminat boleh menyertai uji bakat ini dengan menghantar video nyanyian mereka berdurasi 10 minit ke aplikasi ini menggunakan #GimmeTheMicMY.
  5. Selepas tarikh uji bakat ditutup pada 24 Mei 2024, peserta yang disenarai pendek oleh pihak Astro dan TikTok akan bertanding dalam segmen Multi-Guest yang akan dikendalikan sepenuhnya menerusi perkhidmatan penstriman TikTok LIVE
  6. Peserta yang berjaya melepasi saringan Multi-Guest akan dipilih untuk menjadi barisan peserta ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’ yang bakal bersiaran pada Julai ini di Astro Ria (saluran 104).
  7. Peserta yang ingin menyertai perlulah memuat naik video menunjukkan bakat masing-masing di aplikasi TikTok beserta #GimmeTheMic2024 & #GimmeTheMicMY di dalam post tersebut menerusi akaun TikTok masing-masing.
  8. Peserta yang Layak hendaklah mempromosi video ujibakat mereka kepada pengikut akaun TikTok mereka menggunakan # yang ditetapkan serta mengwar-warkan untuk mendaftar #GimmeTheMicMY
  9. Peserta bersetuju bahawa video ujibakat meraka adalah dalam tetapan umum untuk menerima ulasan umum, dan sebarang komen.
  10. Bakat muzik tidak terhad kepada:
    • Nyanyian (Lagu asal/Cover Song)
    • Bermain alat muzik.
    • Mencipta atau menghasilkan muzik (cth, DJ)
  11. Peserta bersertuju dan perlu memastikan bahawa:
    • setiap peserta mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan dan menyampaikan videonya dan
    • videonya tidak melanggar harta intelek, privasi, publisiti atau hak dan kepentingan mana-mana pihak ketiga atau mengakibatkan sebarang liabiliti yang lain.

Langkah-langkah penyertaan:

  1. Isikan butiran peribadi di laman pautan di sini
  2. Muat naik Video Ujibakat di Aplikasi TikTok dengan #GimmeTheMic2024 & #GimmeTheMicMY
  3. LIVE di aplikasi TikTok sekurang-kurangnya 25 minit untuk mempromosikan video ujibakat anda yang telah dimuatnaik.
Jadi, tunggu apa lagi! Jom sertai sekarang & semoga berjaya!