Nama penceramah dan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew sangat dikenali disebabkan perwatakannya yang suka membantu golongan yang tidak bernasib baik terutamanya ketika wabak Covid-19 melanda.
Terbaru, Ebit sanggup turun ke Alor Setar, Kedah walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi menghulurkan pertolongan kepada keluarga seorang lelaki uzur yang menghidap penyakit stroke.
Berdasarkan beberapa keping foto yang dikongsikan di Facebook Ebit menampakkan keuzuran kediaman yang didiami datuk bersama cucu-cucunya.
"Menangis akhirnya sampai Alor Setar.. Dah tak boleh tahan hati ini. Berbelas anak-anak duduk dengan atok strok. Bau dan kotor sangat.
"Anak-anak tak sekolah. Orang Malaysia tengok ic semua tadi. Orang sini juga. Sedih hati ini. Tolonglah ya Allah. Bertahun dah begini hari ini saya dah tak boleh tahan menangis je.
"Adik ni kata dia nak sekolah. Dia nak solat. Kadang-kadang solat dekat rumah kawan. Menangis tadi adik ni. Saya tanya pakcik takda orang nak bawa pindah ke. Ramai ada datang cakap nak tolong. Belum rezeki kami. Takpelah ustaz. Sedih mereka berlari kenal saya..
"Saya bawa pakcik pindah ye. Nak? Anak-anak bersorak nak pindah. Ustaz, boleh tak ustaz ajar kami jadi baik. Sedih sangat rasa. Boleh ustaz jadi ayah angkat kita orang. Lagi sedih dengar," tulisnya.
Tambah Ebit dia tidak akan pulang ke Kuala Lumpur selagi tidak menjumpai sebuah rumah yang sesuai untuk keluarga besar ini.
"Saya dah call 4 rumah dan pergi tengok. Tapi ramai risau dengar keluarga tu besar. Yelah saya faham. Hati saya sedih sangat.
"Saya tengah pusing cari rumah untuk mereka di Alor Setar ini. Siapa ada rumah nak bagi sewa saya akan bayarkan sewa tu selagi saya hidup insya-Allah dan selagi mereka sesuai di situ.
"Bantu saya tengah menangis ni. Saya takkan balik selagi tak bawa mereka pindah ke rumah baru. Pohon doakan dari jauh.
"Ya Allah maafkanlah diriku ini. Jangan salahkan sesiapa. Saya yang salah. Ceramah sana sini baru hari ini saya tahu. Maafkan saya pakcik. Maafkan saya adik-adik semua," tulis Ebit.
Dalam pada itu, menerusi posting berbeza Ebit berkongsi berita gembira apabila berjaya menyewa sebuah rumah yang berharga RM800 sebulan dan akan menyediakan keperluan untuk keselesaan hidup keluarga tersebut.
"Setelah saya menangis air mata rasa bahagia sangat..Setelah berbelas tahun mereka hidup begini, tinggal di tempat begini. Saya pusing tanya dekat 4 rumah walau hujan basah..
"Akhirnya Allah izinkan saya dapat rumah sewa rm800 sebulan. Besar rumah selesa. Insya-Allah saya akan bayarkan sampai bila-bila selagi mampu. Cuma tadi repair elektrik dan air sampai dekat isya. Saya call ambulans swasta bawa pakcik tadi ke hospital untuk dapatkan rawatan.
"Masa masuk rumah adik-adik ni berlari cop bilik. Yeye pindah rumah. Yeye pindah rumah. Betul ke ustaz pindah rumah. Besarnya rumah ni ustaz. Selesanya. Betul ke ustaz nak bayar? Yer adik. Allah gerakkan semua ni.
"Masa dalam kereta adik ni kata ustaz. Dia menangis. Nak qada solat semua. Sedih pula rasanya. Makin hiba bila diaorang ulang. Ustaz jangan lupakan kita orang tau.
"Esok saya dah upah orang elektrik dan orang paip repair air. Tengok wirering. Lepas tu nak cari perabot baru dan tilam. Serta nak beli baju-baju dan selipar. Adik ni ada tiada selipar pun. Berebut makan kfc. Semua suka kentang putar. Kena beli set satu-satu lain kali.
"Pakcik yang stroke tadi sebelum naik ambulans pesan pada saya. Setelah saya nasihatkannya bahawa anak ini esok bakal jadi pemimpin. Ustaz kalau boleh tolong hantar anak saya belajar yer.
"Ya Allah. Hati ini sedih sayu. Saya cuma datang untuk membantu. Tak sanggup nak tinggal manusia tidur di tepi sampah. Maaf saya benar-benar terkejut sangat. Saya menangis dari tadi. Malam ni baru saya boleh senyum. Maafkan saya jika ada sesiapa hadir tadi saya tak senyum," tulisnya lagi.
Terdahulu, Ebit tampil membantu seorang lelaki kurang upaya, Pakcik Ismail yang kehilangan sebelah kakinya ketika sedang mencari besi bagi menampung keluarganya sewaktu tempoh PKP.
BACA: "Beli Besi Dengan Harga Mahal, Beri Duit Belanja & Ingin Belikan Motosikal Beroda Tiga" - Ustaz Ebit Lew Bantu Pakcik Kudung Sebelah Kaki
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Zulaikha Yusof
Mon Apr 20 2020
Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!
Kontroversi yang melibatkan Sarah Yasmine, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies mendapat perhatian ramai seteleh Sarah tampil membuat pendedahan bertubi-tubi baru-baru ini.
Sarah Yasmine Dedah Cerita Sebenar Hubungan Dengan Meerqeen!
Ada sebab nama Sarah Yasmine dikaitkan dengan Meerqeen.
Meerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”
Pelakon, Meerqeen tidak menafikan bahawa dirinya pernah bertemu dengan kekasih gelap kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine. Bagaimanapun, menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan baik apa lagi menjadi kawan. “Saya fikir saya kenal dan kami pernah jumpa. She’s a fan,” u
“Bubs, Yang, Love” - Sarah Yasmine Dedah Panggilan Manja Aliff-Sophia, Berhubung Guna Akaun Palsu?
Nama pelakon jelita Sophia AlBarakbah hangat diperkatakan apabila Sarah Yasmine memuatnaik tangkap layar perbualan dipercayai antara Sophia dan Aliff Aziz.
Sarah Yasmine Dakwa Sophia Albarakbah Menipu, Berlagak 'Angel'... Beri Kenyataan Palsu Kepada Media?
Selepas pendedahan mengenai Ruhainies, Sarah Yasmine sekali lagi tampil pula mendedahkan tangkap layar perbualan antara pelakon Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz.
"Pahang Negeri Kaya Dengan Khazanah & Destinasi Menarik" - Fizz Fairuz Teruja Sertai Moh Karnival Makmur
Datuk Fizz Fairuz dapat kembali ke Pahang sempena Moh Karnival Makmur yang diadakan di daerah Bera sejak semalam sehingga Ahad ini.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Tular Foto Bersama Sarah Yasmine, Ini Respons Anna Jobling - “Kami Berjumpa Pertama Kali Dekat…”
Gara-gara tular gambar bersama kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz, pelakon Anna Jobling bagaimana tidak menafikan mahupun mengiyakan mengenai dakwaan dirinya kawan baik wanita bernama Sarah Yasmine itu.
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.