Sedar tak sedar, akhirnya siri terbaru Take CTRL akan mula ditayangkan malam ini.

Siri berkenaan dibintangi pelakon popular Shaheizy Sam bersama pelakon baru Hana Nadira, bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) Prakash, Farid, dan Chi Ho, Jinnyboy, Jenn Chia dan ramai lagi.

Sebelum menonton, jom baca lima perkara menarik tentang Take CTRL yang kami senaraikan serba ringkas seperti di bawah.

Menyeronokkan

Perkara ini diakui oleh Shaheizy Sam sendiri dan pelakon lain yang terlibat! Manakan tidak, Take CTRL disampaikan dalam bentuk sains fiksyen yang semestinya mampu menarik minat masyarakat, khususnya golongan muda masa kini. Jalan ceritanya sesuai untuk kaki 'gamers' di luar sana.

Mempunyai Keunikan Tersendiri

Melihat pada trailernya sahaja kita sudah boleh lihat siri ini punya keunikan tersendiri. Cara suntikan, warna, dan sudut penggambaran semuanya kelihatan cantik dan kemas persis siri fiksyen di luar negara!

Lakonan Hebat

Ramai sudah tahu bahawa Shaheizy Sam sememangnya seorang pelakon yang berbakat dan sudah berpengalaman. Namun apa yang turut menarik perhatian, kebanyakan pelakon lain dalam Take CTRL adalah pendatang baru. Begitupun, mereka tidak kelihatan kekok berlakon dan selesa sahaja di depan kamera. Perkara ini diakui sendiri oleh Sam dalam sebuah temu bual bersama Gempak sebelum ini.

BACA: "Saya First Time Berlakon Dulu Pun Kayu!" - Shaheizy Sam

Genre Yang Rare!

Genre sains fiksyen yang diadakan dalam konsep permainan seperti dalam Take CTRL boleh dikira sebagai 'rare' di Malaysia kerana siri sebegini tidak banyak dihasilkan setakat ini. Penceritaannya pula semestinya menyeronokkan dengan unsur komedi, suspen dan macam-macam lagi.

Sisi Berbeza Shaheizy Sam

Bertahun-tahun sebelum ini, kita menyaksikan Sam melakonkan watak yang berat dan penuh drama. Namun, perbezaan ditonjolkan dalam Take CTRL, kerana ia bukanlah cerita cintan cintun! Banyak babak melucukan, tambahan lagi Sam perlu menjiwai watak robot yang dikawal oleh anak-anaknya menerusi satu permainan yang dimuat turun.

BACA: #TakeCTRL: Shaheizy Sam Kembali Beraksi! Kali Ini Sangat Berbeza Sebab...

Nak tahu lebih lagi? Sama-sama kita saksikan Take CTRL bermula hari ini, setiap Sabtu, 9 malam di saluran TA-DAA! (612).