Viral

Toxic Relationship! Ini 8 Pasangan Yang Pernah Berdepan Isu Keganasan

gempak
Amri Hassan
23/07/2020
09:15 MYT
Sponsor Banner
Toxic Relationship! Ini 8 Pasangan Yang Pernah Berdepan Isu Keganasan
Isu keganasan rumah tangga bukan perkara baru dalam masyarakat.
Kes tersebut terjadi tidak kira apa juga latar belakang seseorang sama ada selebriti atau golongan kebanyakan.
Kaya atau miskin, isu keganasan sering menjadi solusi dalam menyelesaikan masalah. Adakalanya berakhir dengan perpisahan namun ada juga yang kekal berdamai.
Berikut Gempak imbas semula kes keganasan rumah tangga dan hubungan cinta pasangan popular tempatan dan antarabangsa yang pernah mencuri perhatian ramai.
1. Aliff Aziz, Bella Astillah
Julai 2017 kecoh apabila pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Alif Aziz ditahan kerana didakwa memukul isterinya di sebuah pusat hiburan di Cheras, Kuala Lumpur.
BACA: Alif Aziz Kena Tahan Belasah Isteri Dalam Pantang
Ketika kejadian itu, Bella ke premis terbabit untuk mencari suaminya.
Bagaimanapun ketiba tiba di sana Bella mendapati suaminya bersama wanita lain dalam sebuah bilik karaoke dan mengambil gambar mereka sebelum berlaku pertengkaran mulut antara pasangan suami isteri itu.
Alif yang berang dengan tindakan Bella telah merampas telefon bimbit isterinya itu dan memadam gambar bukti diambil sebelum mencampakkan telefon ke arah mangsa.
Kejadian tersebut mengakibatkan mangsa luka di muka dan lutut akibat dipukul, selain mendakwa ditolak dengan siku oleh suaminya.
Bella menerima rawatan pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan tampil membuat laporan polis selepas itu.
Susulan laporan itu, artis berkenaan ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah tangga (KRT) 1994.
Aliff dan Bella kemudiannya dikhabarkan bercerai talak satu pada Mei 2019 namun merujuk semula beberapa bulan kemudian.
Pasangan itu baru dikurniakan cahaya mata kedua baru-baru ini.
2. Loca B
Penyanyi Loca B menunjukkan bukti foto dan video anggota badannya yang lebam didakwa dicederakan oleh kekasihnya.
BACA: "Genggam Tangan Sampai Lebam, Cekik Pernah, Ugut Pernah, Kena Heret Pernah .." - Loca B Dedah Sikap Panas Baran Tuju K-Clique
Namun, Loca B sendiri tampil menjelaskan kekasihnya bukan kaki pukul dan tidak pernah melepaskan geram terhadapnya.
3. Kecik Ogie
Bekas vokalis Kristal, Kecik Ogie mendedahkan dia trauma untuk bercinta apabila pernah dipukul kekasihnya.
BACA: "Dia Gunting Pakaian & Bakar Kasut Saya!" - Kecik Buka Balik Cerita Sebenar Kes Dakwaan Pukul Bekas Teman Wanita
Menurut laporan media tahun 2017, Kecik dikenakan kompaun sebanyak RM200 atas dakwaan mencederakan teman wanitanya.
Kecik pada ketika itu mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas wanita terbabit pada 12 Mac 2017.
4. Syafie Naswip
Selepas putus tunang dengan Aishah Azman, pelakon Syafie Naswip ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung kes ugutan dan menyebabkan kecederaan sekitar Julai 2019.
BACA: Gara-Gara Didakwa Tumbuk Bekas Tunang, IG Syafie Naswip Diserang ‘Tentera Bawang’
Menerusi laporan yang dibuat, Syafie datang ke rumah Aishah di Seri Kembangan dan berlaku pertengkaran dalam kereta pelakon terbabit hingga mengeluarkan kata-kata kesat.
Bagaimanapun pihak pendakwa raya memutuskan kes terbabit sebagai Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan mencukupi.
BACA: "Saya Bersyukur Dan Rasa Lega, Tapi Tidaklah Sampai Nak Melompat" - Syafie Naswip Gembira Tiada Kes
5. Nur Sajat
Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat pernah berkongsi foto badannya lebam-lebam didakwa telah dipukul di Instagramnya pada Januari lalu.
Malah, kata Sajat kejadian itu bukan kali pertama berlaku dan pada masa sama teman rapatnya, Coach Yin berkongsi luahan hati tentang individu yang curang.
BACA: “Orang Tak Pukul Kalau Tanpa Sebab, Tapi Dah Mulut Kau Macam Kim*k!” – Coach Yin Pukul Sajat? Betul Atau Drama?
6. Nikita Mirzani
Peristiwa itu berlaku pada 2018 di kawasan parkir Pasar Minggu, Jakarta.
Nikita yang cemburu dengan bekas suaminya, Dipo Ditiro tidak sengaja memukulnya dalam keadaan marah.
Pukulan Nikita yang ketika itu masih memegang telefon bimbit terkena kepala dan wajah Dipo hingga berdarah.
Ketika perbicaraan, Nikita memaklumkan dia punyai bukti kukuh menyabitkan kesalahan bekas suaminya itu yang sering keluar dengan wanita lain sejak berkahwin dari Februari 2018.
Pasangan itu bercerai pada 2019.
Ekoran kejadian itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu dikenakan keputusan hakim selama 6 bulan dan masa percubaan selama 12 bulan.
7. Rihanna
Ramai yang masih terkesan terutama peminat Rihanna di Malaysia ekoran tragedi yang terjadi kepadanya sekitar tahun 2009.
Rihanna dipukul oleh kekasihnya ketika itu Chris Brown hingga terpaksa membatalkan siri konsert jelajahnya termasuk di Kuala Lumpur.
Kerana cemburu, Rihanna dan Brown bergaduh hingga menyebabkan tertumbuk bibir sampai berdarah.
Brown mengaku bersalah dan perlu berada dalam tempoh pemerhatian selama lima tahun dan melakukan khidmat sosial selama enam bulan.
Mereka tidak dibenarkan berada dalam jarak 50 ela antara satu sama lain.
8. Johnny Depp
Sehingga kini kes perbicaraan membabitkan aktor terkenal Hollywood, Johnny Depp dan bekas isterinya, Amber Heard masih berlangsung.
BACA: Johnny Depp Lebam Kena Lempang Dengan Bekas Isteri?
Baru-baru ini Depp mendedahkan dirinya ditampar oleh Heard hingga lebam pada bahagian pipi selain dibaling botol arak.
Manakala, sebelum itu Depp berdepan 14 pertuduhan berhubung keganasan rumah tangga antara 2013 hingga 2015.
Pasangan itu bercerai pada 2017 selepas dua tahun berkahwin.
BACA: Johnny Depp Nekad Bercerai Selepas Bekas Isteri Berak Atas Katil
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024